Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan bekas Malaysian Special Service Unit pada ketika itu dan sekarang dikenali Rejimen Gerak Khas yang dikenali sebagai Mahmor bin Said. Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini terutamanya generasi muda tidak lagi mengendahkan pejuang-pejuang lama atau terdahulu yang telah berkorban dan berjuang untuk mencapai keamanan yang dikecapi kini. Justeru, transkrip ini menceriakan pengalaman beliau ketika operasi Gunung Gading Lundu Sarawak. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh atau pejuang yang tidak didendang ini, projek sejarah lisan ini juga menyentuh sedikit sebanyak mengenai kisah pahit dan manis beliau sepanjang tempoh berkhidmat sebagai seorang tentera di Tanah Melayu ini. Selain itu, kajian mengenai beliau dan juga peristiwa mengenai operasi Gunung Gading Lendu Sarawak juga pernah dilakukan sebelum ini dan kami telah melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan dalam kajian ini. Implikasi kajian ini adalah untuk setiap lapisan masyarakat di Malaysia tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit. Melalui kajian lisan ini juga, diharap masyarakat di luar sana terutama generasi muda dan yang akan datang akan mengenali dan menghargai setiap pejuang negara kita yang terdahulu dan kemerdekaan yang telah kita kecapi hasil pejuang-pejuang negara kita.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zaifry, Mohd Shahrul Rizal 2018224732 Mohd Zafrul Ikram, Nur Syuhada 201806812 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaludin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Said, Mahmor UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology > Education and society U Military Science > U Military Science (General) > Military art and science U Military Science > UB Military administration > Officers. Including appointments, promotions, retirements, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Sejarah lisan, Gunung Gading Lendu Sarawak, Rejimen Gerak Khas, Mahmor bin Said, UiTM Cawangan Johor |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56380 |