Abstract
Wawancara ini adalah di antara Siti Nurzahirah binti Md Isam dan Nur' Aliah Nazihah binti Maznan bersama Encik M Taib bin Tawal. Sarjan M Taib berasal daripada Kampung Ayer Molek, Melaka. Beliau merupakan pesara tentera yang telah terlibat dalam peristiwa pertempuran menentang komunis di Gunung Pueh, Sarawak. Pada tanggal 7 April 1973, pasukan yang diketuai oleh Kapten Hamid bergerak masuk ke Gunung Pueh, Sarawak dan Prebet M Taib telah ditugaskan untuk mencari tapak kem bagi pasukan mereka untuk bermalam. Secara tidak langsung Prebet M Taib telah bertemu dengan tiga orang komunis dan setelah itu beliau diberi arahan untuk menjadi ketua bagi menyerang komunis yang dijumpai di Gunung Pueh, Sarawak pada ketika itu. Pasukan beliau berjaya menumpaskan tiga orang komunis sementara seorang rakannya telah terkorban dalam pertempuran tersebut. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Maznan, Nur'aliah Nazihah 2018208026 Md Isam, Siti Nurzahirah 2018207982 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaludin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Tawal, M Taib UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology > Education and society U Military Science > U Military Science (General) > Military art and science U Military Science > UB Military administration > Officers. Including appointments, promotions, retirements, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Sejarah lisan, Gunung Pueh, Sarawak, Komunis, Sarjan M Taib Tawal, Panglima Gagah Berani, PGB, UiTM Cawangan Johor |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56325 |