Transkrip temubual bersama Datin Mardhiah binti Md Zin Alumni ITM mengenai pengalaman dan kerjaya beliau dalam bidang Sains Perpustakaan/ Nur Aziera Md Shah & Wan Nuralya Syazwani Wan Saifpuddin

Wan Saifpuddin, Wan Nuralya Syazwani and Md Shah, Nur Aziera (2020) Transkrip temubual bersama Datin Mardhiah binti Md Zin Alumni ITM mengenai pengalaman dan kerjaya beliau dalam bidang Sains Perpustakaan/ Nur Aziera Md Shah & Wan Nuralya Syazwani Wan Saifpuddin. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan seorang alumni dari Fakulti Pengurusan Maklumat (ITM) yang mengambil American Library Association (ALA) pada tahun 1972. Ramai dalam kalangan masyarakat pada masa ini terutamanya pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat tidak mengetahui secara langsung mengenai sejarah awal penubuhan ITM serta sejarah bidang Sains Perpustakaan. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh yang mempunyai sejarah kerjaya yang membanggakan, projek sejarah lisan ini akan cuba mengungkap cerita sebenar disebalik peperiksaan ALA yang dijalankan suatu masa dahulu. Kajian ini turut menfokuskan secara menyeluruh tentang momen-momen penting dalam kehidupan tokoh ketika beliau membesar, menyambung pelajaran di ITM, kerjaya serta sumbangan tokoh dalam bidang Pengurusan Maklumat. Melalui projek sejarah lisan ini juga diharap mampu dijadikan panduan dan motivasi kepada masyarakat luar terutamanya pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat agar mereka mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan am yang luas dalam bidang pengkhususan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 56320.pdf]
Text
56320.pdf
Download (202kB)
Indexing & Metrics