Transkrip temu bual bersama Puan Kamariah binti Abdul Hamid Mantan Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia mengenai pengalaman beliau sebagai alumni dalam bidang Kajian Sains Perpustakaan/ Muhammad Syazwan Rolee & Nur Auni Athirah S. Rosli

Rolee, Muhammad Syazwan and S. Rosli, Nur Auni Athirah (2020) Transkrip temu bual bersama Puan Kamariah binti Abdul Hamid Mantan Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia mengenai pengalaman beliau sebagai alumni dalam bidang Kajian Sains Perpustakaan/ Muhammad Syazwan Rolee & Nur Auni Athirah S. Rosli. Oral History Report. Fakulti Pengurusan Maklumat, Segamat.

Abstract

Transkrip ini adalah mengenai Puan Kamariah binti Abdul Hamid, seorang mantan Ketua Pustakawan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga seorang alumni dari Kajian Sains Perpustakaan, Institut Teknologi MARA (ITM). Beliau merupakan figura utama yang membentuk kewujudan transkrip ini dengan perkongsian menerusi temu bual yang dijalankan selama 2 jam 11 minit 19 saat. Temu bual terse.but diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Skype yang dikendalikan oleh Muhammad Syazwan bin Rolee dan Nur Auni Athirah binti S. Rosli. Temu bual ini dibahagikan kepada tiga bahagian soalan yang merangkumi soalan-soalan orientasi, soalan umum dan juga soalan spesifik. Bahagian pertama iaitu soalan orientasi menjurus kepada maklumat berkaitan tokoh yang meliputi maklumat diri tokoh, keluarga, kehidupan tokoh semasa kecil, kehidupan tokoh dalam berumah tangga, anak-anak tokoh dan juga latar belakang awal pendidikan tokoh. Seterusnya, bahagian kedua iaitu soalan umum yang menjustifikasikan tentang pandangan tokoh terhadap perpustakaan. Manakala untuk bahagian ketiga telah menginterpretasi soalan-soalan spesifik yang mengupas tentang zaman pengajian tokoh semasa di ITM serta perjalanan karier tokoh sebagai seorang pustakawan. Di akhir temu bual, tokoh telah memberikan kata-kata nasihat kepada generasi masa kini khususnya kepada pelajar-pelajar yang menceburi bidang Pengurusan Maklumat. Transkrip ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang sejarah awal penubuhan kursus sains perpustakaan di ITM. Selain daripada itu, transkrip ini juga bertujuan untuk menonjolkan kejayaan seorang tokoh alumni Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), ITM dalam bidang pengurusan maklumat dan seterusnya dapat mewujudkan sebuah rekod tentang sejarah dan pengalaman hidup tokoh sebagai seorang alumni. Diharapkan dengan kewujudan transkrip ini dapat memberi kupasan kepada pembaca tentang sejarah Sains Perpustakaan yang belum pernah diketahui dan juga memberi pengetahuan kepada semua masyarakat tentang dunia kepustakawanan.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rolee, Muhammad Syazwan
2018676526
S. Rosli, Nur Auni Athirah
2018401286
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Jamaludin, Siti Noorsiah
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Abdul Hamid, Kamariah
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology > Education and society
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Personnel. Librarians
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Sejarah lisan, Kamariah binti Abdul Hamid, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia, UiTM Cawangan Johor
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56316
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56316.pdf] Text
56316.pdf

Download (281kB)

ID Number

56316

Indexing

Statistic

Statistic details