Abstract
Kewujudan unsur patriarki sukar untuk dikenal pasti kerana fenomena tersebut berlaku dalam semua masyarakat dan agama. Hal ini menyebabkan kematian seorang wanita dalam filem The Stoning of Soraya M telah dikaitkan dengan isu keagamaan. N amun maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa kematian sebenar wanita tersebut berpunca daripada amalan patriarki masyarakat Iran itu sendiri. Oleh demikian, pengkaji akan mengupas isu tersebut berdasarkan dua objektif utama yang berhubungkait dengan teori patriarki gagasan Slyvia Walby (1990) serta implementasi dari segi pengeksploitasian terhadap Soraya. Pada objektif pertama, pengkaji menumpukan kepada empat struktur patriarki yang paling dominan. Keempat-empat struktur tersebut dikenal pasti menerusi kaedah Grouping Data Analysis yang diperkenalkan oleh Weiss (1995). Empat struktur tersebut adalah Male Violance (struktur 1), patriarchal relations in cultural institutions (struktur 2), patriarchal relations in the state (struktur 3) dan patriarchal relations within paid work (struktur 4). Dalam objektif kedua, pengkaji hanya memfokuskan dua (2) daripada empat ( 4) struktur patriarki yang dinyatakan antaranya adalah Male Violance (struktur 1) dan Patriarchal relations in state (struktur 3).
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kasir, Norazila 2009167601 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ahmad, Umi Kalsom UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif |
Keywords: | Filem, The Stoning Of Soraya M, Dominasi Lelaki |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56205 |
Download
56205.PDF
Download (1MB)