Teori "Color Symbolism" didalam filem animasi Pendek Kembali / Mohd Haziq Kasim

Kasim, Mohd Haziq (2012) Teori "Color Symbolism" didalam filem animasi Pendek Kembali / Mohd Haziq Kasim. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (Kampus Puncak Perdana).

Abstract

Teori Wama merupakan salah satu aspek terpenting dalam menghasilkan sesebuah filem terutamanya didalam filem animasi. lni kerana sesebuah wama itu memiliki maksud­ maksudnya yang tersendiri mengikut dari hasil kajian yang telah dirumuskan oleh sesetengah pengkaji. Teori Wama yang dikemukakan oleh para pengkaji ini juga kadang kala dilihat berbeza-beza diantara satu sama lain. Perkara ini berlaku akibat daripada sumber rujukan atau \ hasil kajian yang dibuat terhadap sesebuah subjek adalah tidak sama. Sebagai contoh, jika diamati dari sudut pengertian sesebuah wama diantara wama psikologi dan wama kerohanian adalah berbeza. Melalui sudut teori wama simbolisme yang kemukakan oleh Portal, simbol wama yang dikemukakan oleh beliau lebih kepada wama yang berunsur kerohanian manakala dari sudut kajian wama yang dikemukakan, oleh Judy Scott Kemmis pula, ianya lebih menerangkan dari sudut psikologi. Oleh itu, adalah wajar sekiranya penulis memilih teori yang dikemukakan oleh Portal kerana naratif yang dihasilkan melalui filem animasi pendek Kembali memiliki unsur-unsur kerohanian. Antara tujuan kajian ini dihasilkan pula adalah untuk mengkaji serta mengenali tentang kepentingan dan penggunaan wama simbolisme di dalam membantu mempengaruhi serta memahami jalan penceritaan dalam filem animasi pendek "Kembali". Seperti yang telah dinyatakan oleh penulis sebentar tadi, kajian ini juga dibuat berdasarkan teori Wama Simbolisme yang telah dikemukakan oleh Portal. Penulis juga cuba untuk mengetengahkan kajian ini kerana difahamkan bahawa wama mempunyai simbol yang sangat unik dari sudut pengertian didalam sesebuah budaya mahupun masyarakat.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kasim, Mohd Haziq
2009762377
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mohd Arif, Putri Tasnim
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Keywords: "Color Symbolism", Filem Animasi Pendek, Kembali
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56196
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56196.PDF] Text
56196.PDF

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

56196

Indexing

Statistic

Statistic details