Abstract
Secara amnya, wujudnya empat saluran pengedaran filem cereka di Malaysia, iaitu panggung wayang, televisyen kabel, DVDNCD dan televisyen. Kaedah pengedaran lazim ini menyekat kemasukan pemain baru kerana hanya beberapa pemain utama sahaja yang memonopoli sebahagian besar dari jumlah filem yang diedarkan di Malaysia. Satu lagi halangan utama penyertaan pemain baru adalah kos tinggi yang terbabit dalam pengedaran secara fizikal filem cereka di Malaysia. Di Amerika Syarikat dan Eropah, Internet telah muncul sebagai alternatifbaru untuk pengedaran filem cereka oleh syarikat penerbitan filem yang baru. Teknologi digital seperti video streaming, video on demand, near video on demand dan penambah baikan dalam sistem digital rights management telah membenarkan studio Hollywood mengedarkan filem mereka secara maya melalui Internet dengan selamat dan terkawal. Walaupun pengedaran filem cereka melalui Internet masih lagi diperingkat awal, laman web seperti Netflix, Hulu, Jaman, Amazon VOD dan Apple iTunes telah membuktikan bahawa teknologi mampu untuk mencetus satu revolusi dalam kaedah pengedaran filem cereka. Melalui kertas kajian ini, saya akan membentangkan secara amnya beberapa faktor yang menjadi pemangkin revolusi pengedaran filem cereka melalui Internet dan mengenalpasti samada sistem pengedaran baru ini releven dan boleh diguna pakai di Malaysia untuk pengedaran filem cereka tempatan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Mohammad Adam 2009926345 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mohaideen, A. Razak UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif |
Keywords: | filem cereka, internet, internet revolution |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56195 |
Download
56195.PDF
Download (1MB)