e-Buletin Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) : Jilid 4, Disember 2021

UiTM, Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (2021) e-Buletin Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) : Jilid 4, Disember 2021. Bulletin. Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi.

Abstract

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, penerbitan majalah e-Buletin dapat diteruskan terbitan bagi edisi Jilid-4.
Pra Pengajian Tinggi adalah program yang mengambil pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU. Program PPT adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Ketika seluruh dunia termasuk Malaysia bergelut dengan masalah penularan wabak COVID-19, usaha dan komitmen yang dicurahkan dari semua pihak terutamanya Ketua Unit Akademik, Felo, Koordinator, Penyelaras dan staf Pentadbiran PPT diseluruh kampus-kampus PPT yang tidak pernah putus asa bagi memastikan proses pengambilan pelajar Pra Diploma berjalan lancar serta aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara maya atau dalam talian berjalan dengan sempurna.

Dalam memantapkan usaha murni ini, sebanyak 200 program dibawah kendalian PPT UiTM Shah Alam telah dilaksanakan sama ada secara bersemuka atau atas talian pada tahun 2021 ini. PPT berusaha untuk membantu semua golongan anak bangsa mendapat pendidikan yang terbaik di UiTM. Semoga program yang dilaksanakan oleh PPT terus mendapat tempat di hati calon-calon lepasan SPM bagi meneruskan pengajian di Universiti Teknologi MARA bagi peringkat Pra Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Tahniah dan Syabas diucapkan buat semua warga PPT di kesemua 15 buah kampus yang mempunyai semangat dan jiwa kental dalam menempuhi segala cabaran sepanjang tahun 2021 bagi merealisasikan segala program yang dirancang sepanjang tahun 2021.

Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi yang berada diseluruh negara juga sentiasa bersedia dalam membantu masyarakat yang menghadapi musibah dan kesukaran sepanjang tahun 2021. Fenomena banjir besar yang berlaku di Selangor dan Pahang telah mengakibatkan kematian, kehilangan harta benda dan tempat perlindungan membuatkan PPT turut bersedih dan menghulurkan bantuan, derma, sokongan moral buat para pelajar dan staf PPT. Marilah kita bersama menadah tangan dan berdoa agar keluarga besar PPT ini terus kuat semangat dan tabah
dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T. Mengakhiri tahun 2021 ini, saya percaya dengan yang kita lalui sepanjang tahun ini, menjadikan kita lebih bersyukur, matang dan lebih pengetahuan dalam kapasiti kita sebagai warga pendidik dan pentadbir di UiTM. Semoga tahun 2022 yang bakal menyusul akan memberikan kita kehidupan yang lebih baik. Insya Allah

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
pppt@uitm.edu.my
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
A General Works > Academies and learned societies (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)
Journal or Publication Title: e-Buletin Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)
ISSN: 2773-6008
Date: December 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56155
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Bulletin PPT 4.pdf] Text
Bulletin PPT 4.pdf - Published Version

Download (28MB)

ID Number

56155

Indexing

Statistic

Statistic details