Abstract
Kajian ini dijalankan berasaskan kepada kemunduran taraf penghidupan yang terdapat di kalangan nelayan yang tlnggal di luar bandar khususnya kaum nelayan bumiputra. Mereka-mereka ini adalah terdiri daripada golongan pekerja yang menjadi nelayan,iaitu awak-awak kepada taukeh atau lain-lain tuanpunya bot, sebagai pekerja upahan. Selain daripada pekerja-pekerja ini terdapat juga para nelayan yang bekerja sendiri dengan hanya menggunakan pancing dan rawai . Di Semenanjung Malaysia, kira-kira 54.9% daripada ketua isirumah nelayan merupakan pekerja-pekerja upahan iaitu sebagai awak-awak, 43.9% bekerja sendiri dan 1.2% terdiri daripada mereka-merekayang bekerja dalam jenis lain iaitu mereka-mereka ini adalah terdiri dari tuanpunya bot yang tidak bekerja sendiri .
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Daud, Ismail UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1985 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/561 |
Download
TB_ISMAIL DAUD AP 85_5 P01.pdf
Download (108kB) | Preview