Abstract
Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Perutusan junjungan Nabi Muhammad SAW kepada manusia di seluruh alam adalah antaranya untuk menyempurnakan akhlak mulia (Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, 2007). Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus demi menyempurnakan akhlak yang mulia”. (Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi) Seseorang yang berakhlak buruk seolah-olah mendapat kecelakaan. Sabda Rasulullah SAW ketika ditanya, apakah yang dianggap sebagai kecelakaan itu? Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: “Iaitu budi pekerti yang buruk”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) Oleh itu, seseorang yang beriman kepada Allah SWT wajib menganuti dan melaksanakan tuntutan dalam Islam untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang dimiliki oleh Rasulullah SAW (Abu Bahili An Nahli, 1996).
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusof, Siti Aisyah aisyah421@kedah.uitm.edu.my Mustapa@Nik Daud, Nik Liyana nik_misdev15@yahoo.com.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Number: | 5 |
Page Range: | pp. 100-134 |
Keywords: | Akhlak, etika, moral, ibu bapa, guru, Mahmudah, Mazmumah |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56075 |