Abstract
Tahun 2021 murid dibenarkan menggunakan pemakaian kasut dan stokin hitam dimana pada asalnya hanya pemakaian kasut dan stokin putih dibenarkan. Ini adalah disebabkan penggunaan kasut putih dan stokin putih akan menyebabkan kasut murid cepat kotor. Bagi kasut hitam mungkin tidak kelihatan cepat kotor tapi penggunaan kasut yang lama boleh menyebabkan kasut berbau dan kaki murid terdedah dengan kuman dan bakteria. Jadi murid-murid ini digalakkan mencuci kerap kasut mereka walaupun tidak nampak kotor. Kasut hitam senang dibersihkan tapi proses mengeringkannya mengambil masa yang agak lama. Perubahan iklim cuaca yang tidak dapat diramalkan kadangkala hujan menyebabkan murid tidak dapat mengeringkan kasut mereka dalam tempoh masa yang singkat. Pengering kasut Smart KKMA dibangunkan bertujuan untuk mengatasi masalah utama iaitu dalam proses mengeringkan kasut secara cepat dengan mengubah teknik tradisional menjadi moden. Smart KKMA dapat membantu murid mengeringkan kasut sekolah yang basah atau lembap dalam masa yang singkat serta menarik. Ia turut membantu murid sekolah mengeringkan kasut yang basah sepanjang masa yang dikehendaki oleh murid tanpa perlu menunggu cuaca panas untuk mengeringkan kasut. Produk ini juga mudah digunakan untuk semua peringkat umur dan kawasan tempat tinggal. Smart KKMA mempunyai ciri-ciri teknologi terkini. Ia dibina sistem kawalan suhu bagi keselematan pengguna. Hasil ramalan dari Smart KKMA mendapati ia dapat meningkatkan kadar pengeringan kasut pada bila-bila masa dalam masa yang singkat. Smart KKMA sesuai digunakan oleh murid sekolah disebabkan oleh ciri utamanya dari aspek keselamatan, mudah alih, kesesuaian reka bentuk, mudah digunakan dan menarik.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Drahman, Emawati UNSPECIFIED Sharif, Muhamad Shazielan UNSPECIFIED Zainal Fitri, Umar UNSPECIFIED Mohammad Norfaiz, Mohammad Afdlin Dhani UNSPECIFIED Benjamin, Carolyn Angela UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Patents. Trademarks T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology T Technology > T Technology (General) > Technical education. Technical schools |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Page Range: | pp. 289-292 |
Keywords: | Kasut kotor, moden, mudah, menarik |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56043 |