Pembentukan kerangka model pengurusan harta luqatah: satu analisis pendekatan baru dalam menangani isu-isu harta yang tidak di tuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) / Zanirah Mustafa@Busu … [et al.]

Mustafa@Busu, Zanirah and Nik Din, Nik Muniyati and Awang @ Ab Rahman, Nurul Hidayah and Noor Zainan, Nurul Izzah and Ismail, Mohd Khairul Anuar and Zainal, Noor Saliza and Che Mat, Che Bakar and Mohd Firdaus Kozako, Intan Nurul ‘Ain (2021) Pembentukan kerangka model pengurusan harta luqatah: satu analisis pendekatan baru dalam menangani isu-isu harta yang tidak di tuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) / Zanirah Mustafa@Busu … [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 3 (3). pp. 1-8. ISSN 2590-3942

Official URL: http://www.cipsf.my/

Abstract

Luqatah merupakan harta temuan atau harta yang hilang dari pemiliknya dan ditemui oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut. Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta terutama harta kepunyaan orang Islam dan harta temuan tidak boleh digunakan atau dimusnahkan begitu sahaja tanpa mematuhi kaedah pengurusan luqatah yang sebenar. Kajian ini memfokuskan kepada peranan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mengendalikan harta luqatah. Skop kajian ini melibatkan staf dan pelajar di UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK). Antara kekangan yang dihadapi adalah tiada mekanisma tuntutan harta yang sistematik dan selaras. Selain itu, permasalahan yang dihadapi adalah tiada mekanisma bagi kaedah pengurusan dan pelupusan yang jelas. Oleh yang demikian, matlamat kajian ini adalah untuk memantapkan pengurusan harta luqatah, mengenalpasti kaedah bagi menyelesaikan masalah harta luqatah yang tidak dituntut dan cara pemulangan harta luqatah kepada pemilik. Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah kajian keperpustakaan, temubual bagi mendapatkan data kajian, serta pemerhatian. Soal selidik juga diedarkan kepada responden bagi mengukur tahap kepuasan warga kampus terhadap proses pengendalian harta luqatah. Kajian ini dapat menghasilkan satu piawaian baru yang lebih sistematik dalam menyelesaikan isu pengendalian harta luqatah, selaras dengan ketetapan hukum syarak di IPT.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustafa@Busu, Zanirah
zanir126@uitm.edu.my
Nik Din, Nik Muniyati
nikmuniyati@uitm.edu.my
Awang @ Ab Rahman, Nurul Hidayah
nurul659@uitm.edu.my
Noor Zainan, Nurul Izzah
nurulizzah@uitm.edu.my
Ismail, Mohd Khairul Anuar
anuar785@uitm.edu.my
Zainal, Noor Saliza
saliza351@uitm.edu.my
Che Mat, Che Bakar
chebakar@uitm.edu.my
Mohd Firdaus Kozako, Intan Nurul ‘Ain
intan866@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Inheritance and succession (Islamic law)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 3
Number: 3
Page Range: pp. 1-8
Keywords: Luqatah; Muamalat; Pengurusan harta; Perundangan Islam
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55710
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55710.pdf] Text
55710.pdf

Download (321kB)

ID Number

55710

Indexing

Statistic

Statistic details