Abstract
Filantropi Islam bukanlah satu perkara baru dalam kefahaman ilmu Islam dan berjalan serentak dengan amalan umat Islam bagi maksud kesejahteraan ummat. Justeru Islam menekankan kepentingan amalan filantropi ini melalui instrumen zakat, sedekah dan wakaf. Keadaan ini akan lebih signifikan apabila ia dikaitkan dengan isu kemiskinan yang sentiasa menjadi topik perbincangan kalangan sarjana dan pengubal dasar. Persoalannya sejauhmana amalan filantrofi ini diaplikasikan oleh umat Islam? Sehubungan dengan itu, penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi gelagat filantropi dalam kalangan masyarakat Islam. Kajian kualititatif ini menggunakan pendekatan perpustakaan dengan merujuk kepada datadata sekunder yang diperolehi daripada kajian-kajian terdahulu, jurnal serta laporan-laporan oleh institusi Islam. Data-data diperolehi dianalisis secara contents analysis (analisa kandungan). Hasil kajian mendapati terdapat faktor luaran dan dalaman yang menjadi pendorong umat Islam melakukan amalan filantropi. Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada majlis agama islam negeri untuk mencari kaedah yang sesuai bagi menarik minat orang islam untuk melakukan filantropi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam nizam_aziz@uitm.edu.my Nordin, Rawi rawi@uitm.edu.my Suyurno, S. Salahudin ssalahud@uitm.edu.my Mustafar, Mohd Zaid zaidmustafar@uitm.edu.my Md Sharipp, Muhammad Taufik taufiksharipp@uitm.edu.my Mohd Noor, Muaz muaz3108@uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Journal or Publication Title: | Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF) |
ISSN: | 2590-3942 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 23-32 |
Keywords: | Filantropi; Gelagat Muslim; Gelagat Filantropi |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55701 |