Tadbir urus agihan dana zakat di UiTM Cawangan Johor: kajian terhadap isu dan penambahbaikan pengurusan agihan / Siti Noor Ain Aziz … [et al.]

Aziz, Siti Noor Ain and Mohd Zahid, Emie Sylviana and Sumery, Zuraidah and Mearaj, Mahasin and Redzuan, Mohd Asyadi and Abdul Kadir, Juliana (2020) Tadbir urus agihan dana zakat di UiTM Cawangan Johor: kajian terhadap isu dan penambahbaikan pengurusan agihan / Siti Noor Ain Aziz … [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 1 (1). pp. 9-22. ISSN 2590-3942

Official URL: http://www.cipsf.my/

Abstract

Pengagihan zakat dengan lebih proaktif dan efisien merupakan satu usaha yang perlu diuruskan dan dilaksanakan secara berterusan dan ditambahbaik agar objektif sebenar zakat tercapai. Sebagai institusi yang menguruskan dana zakat, dibawah kelolaan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat berperanan menjaga kebajikan pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dengan menyediakan bantuan dana zakat mengikut kelayakan asnaf. Pengagihan zakat yang dibuat oleh UHEI adalah sebanyak dua kali setahun mengikut sesi kemasukan para pelajar iaitu sesi Mac dan September. Timbul persoalan mengenai tempoh proses pengendalian agihan zakat kepada pelajar bagi memenuhi kecukupan dan keselesaan perbelanjaan dalam pendidikan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk i) menjelaskan tadbir urus dalam proses agihan zakat di UiTM dan ii) mengenal pasti isu permasalahan yang berlaku ketika mengurus agihan dana zakat kepada para pelajar. Kajian ini adalah secara kualitatif iaitu kajian dokumentasi dengan merujuk manual dan laporan zakat. Berdasarkan kepada temu bual dan pemerhatian yang dibuat, terdapat isu yang berlaku ketika mengurus tadbir dana agihan zakat kepada pelajar diikuti dengan cadangan penyelesaian terhadap isu masalah tersebut.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aziz, Siti Noor Ain
sitin308@uitm.edu.my
Mohd Zahid, Emie Sylviana
emies692@uitm.edu.my
Sumery, Zuraidah
zurai012@uitm.edu.my
Mearaj, Mahasin
mahas220@uitm.edu.my
Redzuan, Mohd Asyadi
mohda131@uitm.edu.my
Abdul Kadir, Juliana
julia593@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Johor
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 9-22
Keywords: Agihan dana Zakat; Pelajar; Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55693
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55693.pdf] Text
55693.pdf

Download (823kB)

ID Number

55693

Indexing

Statistic

Statistic details