Abstract
Masalah pelarian telah berlaku semenjak berabad lamanya iaitu semenjak kurun ke-17 di negara Perancis dan Belanda akibat krisis dalaman yang berlaku. Krisis tersebut bersangkut paut dengan kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk oleh kerajaan dan penjajah Sepanyol mengakibatkan rakyat yang berbeza agama dan fahaman dengan pihak pemerintah melarikan diri keluar dari wilayah tersebut. Krisis ini berpanjangan sehinggalah Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Dingin, Perang Teluk dan semakin kritikal apabila negara yang merdeka telah ditadbir oleh rejim kuku besi ataupun berlakunya konfrontasi. Konfrontasi yang berlaku menyebabkan rakyat yang tertindas telah melarikan diri untuk keluar menyelamatkan nyawa seperti hal yang berlaku ke atas pelarain etnik Cina dari Indonesia ke Malaysia. Situasi ini menyebabkan negara Malaysia tidak terlepas daripada radar kemasukan oleh orang pelarian dari pelbagai negara sama ada dari wilayah Asia Tenggara mahupun dari luar Benua Asia. Hal ini termasuklah pelarian daripada Filipina, Vietnam, Kemboja, Acheh, Pakistan dan beberapa negara lain termasuklah pelarian dari etnik Rohingya. Oleh itu, nota ini disediakan sebagai asas kepada ilmu pelarian dan migrasi rentas sempadan yang melanda negara Malaysia dari aspek pensejarahan dan faktor kedatangan mereka.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Arshad, Mohd Ramlan UNSPECIFIED Ajis, Mohd Na’eim UNSPECIFIED Khairi, Aizat UNSPECIFIED Abd Mutallib, Rozita UNSPECIFIED Mohd Noor, Nurul Hidayana UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GA Mathematical geography. Cartography > Digital mapping G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Philosophy. Relation to other topics. Methodology G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Philosophy. Relation to other topics. Methodology > Mapping |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Page Range: | pp. 39-40 |
Keywords: | Sejarah, Pelarian, Migrasi, Rentas, Sempadan, Malaysia |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55569 |