Aplikasi Digital Didik Hibur 3M murid Orang Asli Sekolah Rendah / Abdul Halim Masnan, Seah Siok Peh and Azila Alias

Masnan, Abdul Halim and Seah, Siok Peh and Alias, Azila (2021) Aplikasi Digital Didik Hibur 3M murid Orang Asli Sekolah Rendah / Abdul Halim Masnan, Seah Siok Peh and Azila Alias. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meneroka pembangunan kit pembelajaran DH3M (Didik Hibur Membaca, Menulis & Mengira) dalam kalangan murid Orang Asli Tahun 5 Sekolah Rendah. Proses pembangunan kit pembelajaran DH3M melibatkan pendekatan kualitatif yang melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis elemen keperluan, fasa pembangunan dan fasa keberkesanan pelaksanaan. Kajian ini menggunakan instrumen ujian pengukuhan (pra dan post), senarai semak pemerhatian dan temu bual. Pada fasa pertama, elemen kit pembelajaran dikenalpasti berdasarkan model dan kajian lepas dengan melibatkan penghasilan modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan bahan bantu mengajar. Kit Pembelajaran DH3M telah melalui penambah baikan elemen keperluan dari segi kaedah PdP dan bahan pembelajaran merangkumi 3 pendekatan Didik Hibur, iaitu Kreativiti, Nyanyian dan Permainan. Pada fasa kedua, Kit Pembelajaran DH3M dibangunkan berdasarkan pandangan 2 orang pakar yang menilai keutamaan dan kesesuaian terhadap murid Tahun 5 sekolah rendah Orang Asli. Kemudian, pengkaji telah menjalankan projek rintis Kit Pembelajaran DH3M bersama 15 orang murid Tahun 5 di SK Pos Bersih, Batang Padang. Selepas selesai fasa pembangunan, fasa ketiga iaitu keberkesanan pelaksanaan Kit Pembelajaran DH3M dijalankan di sebuah sekolah Orang Asli di daerah Gerik. Program ini melibatkan 2 guru dan 60 orang murid Tahun 5 yang mempunyai tahap penguasaan 3M yang rendah dan sederhana. Hasil dapatan analisis ujian pra dan post menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pengetahuan, dan kemahiran 3M murid tahun 5. Di samping itu, dapatan turut di sokong oleh guru melalui temu bual yang menyatakan bahawa murid-murid didapati menunjukkan minat yang mendalam melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Guru juga dibekalkan dengan elemen teknologi dengan melibatkan QR code bagi beberapa video simulasi pengajaran guru sebagai panduan guru dan murid ketika pelaksanaan secara PdPR di sekolah. Kajian ini diharapkan memberi impak positif kepada guru dari aspek kelangsungan pelaksanaan pembelajaran sama ada secara bersemuka atau online kepada murid Orang Asli di musim pandemik Covid-19.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Masnan, Abdul Halim
UNSPECIFIED
Seah, Siok Peh
UNSPECIFIED
Alias, Azila
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Child study
L Education > LB Theory and practice of education > Child study > Psychical development. Collections of tests
L Education > LB Theory and practice of education > Early childhood education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Page Range: pp. 27-32
Keywords: Didik Hibur, Membaca, Menulis, Mengira, Sekolah Rendah, Murid Orang Asli
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55549
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55549.pdf] Text
55549.pdf

Download (423kB)

ID Number

55549

Indexing

Statistic

Statistic details