Abstract
Destinasi mesra pelancong merupakan satu konsep yang memberi kepuasan kepada pelancong melalui penggunaan maksimum aspek ruang, aktiviti serta produk tanpa sebarang gangguan dan permasalahan, bermula dari tempat tinggal sehinggalah ke destinasi pelancongan yang hendak ditujui. Ianya dilihat sebagai satu konsep yang berorientasikan pelancong sebagai pelanggan. Oleh kerana kajian mengenai destinasi mesra pelancong amat terhad dan berasaskan sektorial tertentu sahaja maka sekaligus akan memberi impak serta meninggalkan jurang pengetahuan dan kelompongan ilmu yang tinggi malahan ianya turut menimbulkan kekeliruan ke atas penggunaan konsep destinasi mesra pelancong. Sehubungan itu, kajian ini merupakan satu kertas konsep yang bertujuan untuk mengenalpasti pihak berkepentingan serta peranannya dalam membentuk destinasi mesra pelancong. Hasil dari kajian ini telah mengenalpasti sektor kerajaan dan sektor swasta bersama dengan pelancong domestik yang berperanan utama dalam membentuk destinasi mesra pelancong melalui hubungan aspek ruang, aktiviti serta produk dalam sistem pelancongan. Sehubungan itu, melalui kajian ini diharapkan satu konsep destinasi mesra pelancong akan diwujudkan menerusi kerjasama dari pihak berkepentingan melalui hubungan aspek ruang, aktiviti serta produk dalam sistem pelancongan.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anuar, Ahmad Nazrin Aris aek_2751@yahoo.com Ahmad, Habibah ha@ukm.my Jusoh, Hamzah hj@ukm.my Abdul Karim, Muhamad Fuad fuad645@melaka.uitm.edu.my Hussain, Mohd Yusof hmyusoff@ukm.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Recreational areas and facilities. Recreation centers |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Event Title: | International Conference on Public Policy and Social Science |
Event Dates: | 15 - 16 |
Page Range: | pp. 351-358 |
Keywords: | Aspek ruang; Aktiviti dan produk; Destinasi mesra pelancong; Pihak berkepentingan; Sistem pelancongan |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55380 |