Nilai patriotik di dalam pemilikan dan pembangunan tanah / Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, Hamzah Jusoh dan Mohd Yusof Hussain

Aliasak, Mohd Hasrol Haffiz and Jusoh, Hamzah and Hussain, Mohd Yusof (2012) Nilai patriotik di dalam pemilikan dan pembangunan tanah / Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, Hamzah Jusoh dan Mohd Yusof Hussain. In: 3rd International Conference on Public Policy and Social Science ( ICOPS 2012). Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Melaka, pp. 650-657. ISBN 978-967-11354-5-7 (Unpublished)

Abstract

Nilai patriotik merujuk kepada perasaan dan persepsi seseorang ke atas sesuatu yang mempunyai nilai sentimental terhadap dirinya atau kelompok masyarakat. Nilai patriotik merupakan salah satu cabang dalam nilai moral sosialis yang melihat kepentingan komuniti sebagai keutamaan. Di dalam kertas kerja ini, penulis membincangkan takrif nilai patriotik daripada perspektif pemilikan dan pembangunan tanah. Nilai moral ini tidak lagi lebih menunjukkan sentimen nasionalisme dan patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara tetapi telah mempengaruhi individu untuk mempertahankan pemilikan tanah. Oleh itu, penulis memperkenalkan kerangka konseptual nilai patriotik ke atas pemilikan dan pembangunan tanah. Secara ringkasnya, ia merujuk kepada perasaan individu dan masyarakat untuk mempertahankan pemilikan tanah yang menerima aliran pembangunan fizikal dan bukan fizikal. Pembangunan dilihat sebagai cubaan atau usaha-usaha pihak pemaju kapitalis untuk memajukan kawasan tanah. Dalam konteks nilai ini, penulis menghurai cirri-ciri patriotik individu dan masyarakat dalam mempertahankan milikan tanah meskipun telah ditawar oleh faedah-faedah materialistik. Namun, faedah tersebut tidak mencairkan semangat individu dan masyarakat patriotik dalam mengekalkan pemilikan tanah yang akan dibangunkan. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan takrifan dan konsep nilai patriotik yang berasaskan kepada tinjauan kajian lampau. Di akhir kertas kerja ini, penulis merumuskan konsep nilai patriotik dalam bentuk kerangka konseptual.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aliasak, Mohd Hasrol Haffiz
haffiz677@perak.uitm.edu.my
Jusoh, Hamzah
UNSPECIFIED
Hussain, Mohd Yusof
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Land tenure
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Event Title: International Conference on Public Policy and Social Science
Event Dates: 15 -16
Page Range: pp. 650-657
Keywords: Masyarakat patriotik; Nilai patriotik; Pembangunan tanah dan pemilikan tanah
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55359
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55359.pdf] Text
55359.pdf

Download (64kB)

ID Number

55359

Indexing

Statistic

Statistic details