Abstract
Nilai patriotik merujuk kepada perasaan dan persepsi seseorang ke atas sesuatu yang mempunyai nilai sentimental terhadap dirinya atau kelompok masyarakat. Nilai patriotik merupakan salah satu cabang dalam nilai moral sosialis yang melihat kepentingan komuniti sebagai keutamaan. Di dalam kertas kerja ini, penulis membincangkan takrif nilai patriotik daripada perspektif pemilikan dan pembangunan tanah. Nilai moral ini tidak lagi lebih menunjukkan sentimen nasionalisme dan patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara tetapi telah mempengaruhi individu untuk mempertahankan pemilikan tanah. Oleh itu, penulis memperkenalkan kerangka konseptual nilai patriotik ke atas pemilikan dan pembangunan tanah. Secara ringkasnya, ia merujuk kepada perasaan individu dan masyarakat untuk mempertahankan pemilikan tanah yang menerima aliran pembangunan fizikal dan bukan fizikal. Pembangunan dilihat sebagai cubaan atau usaha-usaha pihak pemaju kapitalis untuk memajukan kawasan tanah. Dalam konteks nilai ini, penulis menghurai cirri-ciri patriotik individu dan masyarakat dalam mempertahankan milikan tanah meskipun telah ditawar oleh faedah-faedah materialistik. Namun, faedah tersebut tidak mencairkan semangat individu dan masyarakat patriotik dalam mengekalkan pemilikan tanah yang akan dibangunkan. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan takrifan dan konsep nilai patriotik yang berasaskan kepada tinjauan kajian lampau. Di akhir kertas kerja ini, penulis merumuskan konsep nilai patriotik dalam bentuk kerangka konseptual.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aliasak, Mohd Hasrol Haffiz haffiz677@perak.uitm.edu.my Jusoh, Hamzah UNSPECIFIED Hussain, Mohd Yusof UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Land tenure |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Event Title: | International Conference on Public Policy and Social Science |
Event Dates: | 15 -16 |
Page Range: | pp. 650-657 |
Keywords: | Masyarakat patriotik; Nilai patriotik; Pembangunan tanah dan pemilikan tanah |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55359 |