Abstract
Komunikasi mesra merupakan kualiti utama bagi mewujudkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Penggunaan teknologi komunikasi yang berkesan penting bagi mencapai matlamat dan falsafah bagi sesebuah ikatan perkahwinan. Kajian ini penting dalam usaha memahami dan mendapatkan gambaran sebenar mengenai peranan teknologi komunikasi yang paling efektif dalam proses berkomunikasi dalam kalangan suami dan isteri. Kertas kerja ini ingin melihat penggunaan teknologi komunikasi dalam membina komunikasi mesra dalam perkahwinan. Seramai lima belas orang suami atau isteri telah ditemu bual secara mendalam berdasarkan soalan separa-struktur dan soalan terbuka yang telah diuji sebelumnya. Temu bual dirakam, ditranskripsikan, dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Terdapat beberapa tema berjaya dikenal pasti dari kajian ini. Ianya dikategorikan kepada beberapa tema utama seperti telefon bimbit didapati sangat popular di kalangan suami dan isteri berbanding lain-lain teknologi seperti telefon talian tetap dan Internet. Penggunaan telefon bimbit mudah digunakan, senang dibawa ke mana-mana, sebagai pengganti diri, kosnya munasabah, banyak faedahnya, dapat berhubung dengan pasangan, dan sebagainya. Kajian ini menggunakan Teori Penerimaan Teknologi yang dipelopori oleh Fred Davis dan Richard Bobagozzi pada tahun 1987. Di dalam teori tersebut, dinyatakan bahawa sesuatu teknologi baru akan mudah diterima masyarakat sekiranya ia mudah digunakan dan ianya sangat penting dan berguna. Kajian ini telah mengukuhkan lagi dua konstruk baru. Konstruk tersebut telah diperkenalkan oleh Siti Zobidah dan Mariah (2004) iaitu sesuatu teknologi akan senang diterima oleh masyarakat jika kosnya munasabah dan ia dapat memenuhi kehendak emosi, intelektual dan fizikal penggunanya.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Radzi, Raha raharadzi@yahoo.com Daud, alihudin UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Families. Family relationships. Family structure T Technology > T Technology (General) > Communication of technical information |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Page Range: | pp. 957-977 |
Keywords: | Komunikasi mesra; Kekeluargaan; Teknologi komunikasi |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55321 |