Faktor yang mempengaruhi keberkesanan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong / Aniza Ismail dan Aslina Ismail

Ismail, Aniza and Ismail, Aslina (2012) Faktor yang mempengaruhi keberkesanan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong / Aniza Ismail dan Aslina Ismail. In: 3rd International Conference on Public Policy and Social Science ( ICOPS 2012). Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Melaka, pp. 385-397. ISBN 978-967-11354-5-7

Abstract

Kajian ini di buat untuk meninjau keberkesanan PPSMI di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong. PPSMI ini dikenali sebagai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, dasar ini telah diperkenalkan sejak tahun 2003. Kini, dasar PPSMI telah digantikan dengan dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Dasar ini diperkenalkan pada tahun 2012. Dasar PPSMI didapati tidak berkesan kepada pelajar luar bandar, tetapi dasar ini didapati dapat meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan bagi pelajar yang tinggal di bandar. Hal ini kerana, pelajar yang tinggal di dalam bandar lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris berbanding pelajar luar bandar. Ini menyebabkan pihak kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan dasar PPSMI kepada dasar MBMMBI. Terdapat pelbagai pendapat dan kajian daripada pakar akademik berkaitan keberkesanan dasar PPSMI telah dijalankan. Kajian daripada universiti tempatan juga menunjukkan bahawa pelajar yang tinggal di bandar meningkat dari segi pencapaian keputusan peperiksaan semasa dasar PPSMI dijalankan, tetapi sebaliknya kepada pelajar luar bandar. Ini menunjukkan dasar PPSMI perlu digantikan dengan dasar yang lebih berkesan bagi meningkatkan pencapaian pelajar yang tinggal di luar dan di dalam bandar. Maka, analisis perlu dilakukan terhadap pendapat dan kajian yang telah dilakukan oleh ahli akademik dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di luar dan dalam bandar semasa dasar PPSMI ini dijalankan. Selain itu analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam pelajar bagi matapelajaran matematik dan sains dijalankan. Soalan kaji selidik juga digunakan bagi mengenalpasti faktor demografik pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor demografik mempengaruhi pencapaian keputusan peperiksaan pelajar.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Aniza
shaniza7780@gmail.com
Ismail, Aslina
sinaismail209@gmail.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies > Affective education
L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Page Range: pp. 385-397
Keywords: Faktor demografik; PPSMI; MBMMBI; Bandar; Luar bandar
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55277
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55277.pdf] Text
55277.pdf

Download (117kB)

ID Number

55277

Indexing

Statistic

Statistic details