Pemasangan panel solar bagi menampung bekalan elektrik tambahan untuk institusi pendidikan agama persendirian di luar bandar : melalui pendekatan program kemasyarakatan komuniti / Nur Azfahani Ahmad ... [et al.]

Ahmad, Nur Azfahani and Hussain, Nur Huzeima and Anas, Norazmi and Jamian, Jasrul Jamani (2020) Pemasangan panel solar bagi menampung bekalan elektrik tambahan untuk institusi pendidikan agama persendirian di luar bandar : melalui pendekatan program kemasyarakatan komuniti / Nur Azfahani Ahmad ... [et al.]. Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE), 7 (2). pp. 161-184. ISSN 0128-326X

Official URL: http://www.myse.my/

Abstract

Pemasangan panel solar di Malaysia, terutamanya untuk bangunanbangunan komuniti di kawasan luar bandar masih berada di peringkat awalan memandangkan kos sistem yang tinggi serta akses yang terhad kepada teknologi ini. Penerimaan tenaga hijau ini bagi bangunanbangunan awam seperti masjid, balai raya, hospital dan sekolah masih terhad memandangkan teknologi tenaga hijau sedia ada kini menerima peruntukan penuh dari kerajaan, menyebabkan inisiatif pemasangan secara sendiri adalah lebih perlahan. Selain itu, rakyat Malaysia menerima bekalan tenaga elektrik subsidi yang menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap bekalan ini dari Tenaga Nasional Berhad (TNB). Walau bagaimanapun, sejak 2014, terdapat peningkatan tarif elektrif yang menyebabkan pertambahan kos pada bil elektrik bulanan. Ini memberi impak kepada bangunan-bangunan sediada di dalam melunaskan bil tersebut. Kesan ketara melibatkan institusi pendidikan agama persendirian di luar bandar, seperti sekolah pondok, pusat pengajian tahfiz dan sekolah agama rakyat sehingga menyebabkan pihak pengurusan sekolah-sekolah ini terpaksa mengutip derma bagi menampung dana membayar bil elektrik bulanan. Justeru, objektif kertas penyelidikan ini akan mengenalpasti sama ada pemasangan panel solar melalui program kemasyarakatan komuniti dapat membantu pihak terbabit mendapat manfaat penjimatan elektrik
melalui tenaga yang lestari. Melalui metodologi, sebuah kajian kes di Perak Tengah telah dipilih bagi mengenalpasti samada pihak berkaitan
mampu menjimatkan bil elektrik bulanan melalui pendekatan program khidmat masyarakat yang memberikan akses tenaga hijau di pusat pengajian tahfiz yang dipilih. Pendekatan empirikal menunjukkan sekolah tahfiz ini berpotensi tinggi menjimatkan bil elektrik bulanan sebanyak 70% setelah memasang sistem tenaga solar bersaiz 2 kW di bawah program khidmat masyarakat ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Nur Azfahani
nuraz020@uitm.edu.my,
Hussain, Nur Huzeima
nurhu154@uitm.edu.my
Anas, Norazmi
norazmianas@uitm.edu.my
Jamian, Jasrul Jamani
jasrul@utm.my
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Sustainable architecture
N Fine Arts > NA Architecture > Public buildings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Journal or Publication Title: Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE)
ISSN: 0128-326X
Volume: 7
Number: 2
Page Range: pp. 161-184
Keywords: Kemasyarakatan; Tahfiz; Panel Solar; Tenaga Hijau
Date: December 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55076
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55076.pdf] Text
55076.pdf

Download (2MB)

ID Number

55076

Indexing

Statistic

Statistic details