Reformasi pentadbiran dari perspektif Ketua Setiausaha Kementerian: Satu penelitian / Ahmad Faiz Yaakob and Mohd Zulhilmi Mohd Yunus

Yaakob, Ahmad Faiz and Mohd Yunus, Mohd Zulhilmi (2021) Reformasi pentadbiran dari perspektif Ketua Setiausaha Kementerian: Satu penelitian / Ahmad Faiz Yaakob and Mohd Zulhilmi Mohd Yunus. In: E-Proceeding 8th International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021, 27 Oktober 2021.

Abstract

Kajian ini menjurus kepada perkara paling asas dalam reformasi pentadbiran iaitu makna reformasi pentadbiran itu sendiri. Berdasarkan litratur mengenai reformasi pentadbiran awam di Malaysia, pandangnya terhadapnya bermacam-macam, ada yang melihatnya dalam sisinya yang hanya bersifat procedural, ada juga disisi yang fundamental. Selain itu dengan suasana politik kini sering bertukar lanskapnya, seringkali juga reformasi institusi disebut, namun untuk reformasi pentadbiran, ia jarang atau tidak langsung disebut. Padahal pentadbir jugalah yang menggerakkan institusi penting negara seperti parlimen, SPR, SPRM, agensi pusat dan operational. Tidak sepatutnya ia dikesampingkan, mereka tiang belakang kepada kerajaan, jatuh bangunnya kerajaan semuanya adalah kerana mereka1. Menarik apabila ia dibandingkan di barat kerana kedudukan pentadbir diletak saksama dengan ahli politik, kedua-duanya actor politik. Kefahaman ini selari dengan teori pentadbiran awam baru (new public administration) atau secara khusus pengurusan awam (public management) yang menekankan dan mengiktiraf peranan politik atau karektor (politik) pentadbir dalam dasar awam (Pollitt & Bouckaert 2011, Rouban: 2010, Peters & Pierre 2004), menolak langsung peranan pentadbir sebagai alat atau tool kepada pemerintah seperti yang ditekankan di bawah pentadbiran awam tradisional yang melihat politik dan pentadbiran sebagai terpisah. Sementara itu, kesan daripada itu reformasi pentadbiran yang berlangsung yang mengalami perubahan yang lebih dari masa ke sama yang berlaku kekal dan berterusan tidak lain berpunca oleh peranan pentadbir (functional role).

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yaakob, Ahmad Faiz
UNSPECIFIED
Mohd Yunus, Mohd Zulhilmi
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General) > Political science
J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Purpose, functions, and relations of the state
J Political Science > JF Political institutions and public administration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Event Title: E-Proceeding 8th International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021
Event Dates: 27 Oktober 2021
Page Range: pp. 657-663
Keywords: Reformasi pentadbiran, perspektif Ketua Setiausaha Kementerian, penelitian
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54945
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54945.pdf] Text
54945.pdf

Download (320kB)

ID Number

54945

Indexing

Statistic

Statistic details