Kajian kualiti hidup mukim Kertih / Norazman Harun, Azemi Che Hamid and Wan Jaafar Wan Endut

Harun, Norazman and Che Hamid, Azemi and Wan Endut, Wan Jaafar (2003) Kajian kualiti hidup mukim Kertih / Norazman Harun, Azemi Che Hamid and Wan Jaafar Wan Endut. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Bandar Seri Kertih adalah sebuah pusat pertumbuhan baru yang dibangunkan kerajaan bagi menampung permintaan perkhidmatan penduduk di mukim Kertih setelah mukim ini dijadikan pusat memproses minyak hasil dari penemuan minyak di luar pantai Terengganu. Bandar ini dibangunkan sebagai pelengkap kepada kompleks perumahan Rantau Petronas dan juga penduduk di kawasan perkampungan sekitamya. Melalui kertas keija ini penyelidik cuba menerangkan persepsi penduduk mengenai kualiti hidup mereka pada masa sekarang. Laporan diperolehi daripada 342 responden yang dipilih secara rawak mudah hasil dari temuduga bersemuka oleh penemuduga terlatih. Penyelidik menggunakan pendekatan kualiti hidup subjektif dengan mengambil pendekatan kepentingan-kepuasan yang diubahsuai dari model SERVPERF. Angkubah yang dikaji dikelompokkan kepada 14 dimensi dan 109 sub-dimensi diukur dengan menggunakan skala 7-mata. Pakej SPSS digunakan untuk menganalisis data dan dipersembahkan melalui jadual dan rajah terpilih. Keputusan dari kajian mendapati kebolehpercayaan data adalah sangat tinggi dengan Alpha Cronbach 0.891 dan 0.793. Kajian mendapati min keseluruhan kepentingan-kepuasan ialah 5.81-4.53= - 1.28 dan sekaligus menggambarkan kepuasan kehidupan penduduk Bandar Seri Kertih tidak mencapai tahap harapan minimum iaitu kualiti hidup pada tahap 0.79. Hasil dari dapatan kajian juga dijadikan asas untuk melihat keutamaan dimensi penduduk di bandar tersehut. Didapati dimensi ekonomi berada di tempat pertama dengan min 6.57 dan kepuasan dengan min 4.53. Keadaan ini menyarankan supaya pihak penguasa tempatan perlu mengekalkan polisi dan perancangan mereka dalam usaha memberi perkhidmatan berkualiti kepada penduduk. Manakala dimensi kebudayaan, kesukanan dan rekreasi menduduki tempat keempat belas dengan min kepentingan 4.86 dan min kepuasan 3.77. Keadaan ini menyarankan supaya pihak berkuasa tempatan hanya perlu memberi keutamaan rendah kerana penduduk kurang memberi tumpuan kepada faktor ini. Sementara salah satu dimensi yang perlu diberi tumpuan segera ialah alam sekitar dimana min keutamaan ialah 5.85 dan min kepuasan 4.39. Keadaan ini menggambarkan situasi kurang selesa mengenai alam sekitar di bandar ini pada masa sekarang dan menjejaskan kualiti hidup mereka.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54596.pdf] Text
54596.pdf

Download (196kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

54596

Indexing

Statistic

Statistic details