Abstract
Institusi zakat memainkan peranan yang sangat besar dalam konteks mewujudkan keadilan dalam pengagihan semula kekayaan. Berasaskan kepada peruntukan perlembagaan, pentadbiran dan pengurusan zakat sama ada dari segi pungutan atau kutipan adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri. Sesetengah negeri telah mewujudkan badan yang berasingan dalam urusan kutipan zakat sementara kuasa agihan masih diuruskan oleh Majlis-majlis Agama. Dalam hal ini, setiap negeri telah mengambil pendekatan tersendiri dalam urusan agihan zakat, menerusi perlaksanaan pelbagai program. Kajian tentang agihan zakat di kalangan asnaf fakir dan miskin khususnya kalangan negeri-negeri di Pantai Timur menunjukkan bahawa dasar dan prinsip yang menjadi landasan kepada program-program agihan antara ketiga-tiga negeri tersebut masih tidak selaras. Penyelesaian masalah kemiskinan yang dilaksanakan menerusi agihan zakat sebahagian besarnya bersifat penyelesaian sementara atau jangka pendek. Untuk mencapai matlamat agihan yang dapat mengeluarkan penerima dari kitaran kemiskinan, ianya memerlukan satu pendekatan yang konkrit dan bersifat jangka panjang. Menerusi kajian ini penyelidik mencadangkan satu model penyelesaian khususnya kepada asnaf fakir dan miskin yang menerima sumbangan secara bulanan.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Mohd Saufi UNSPECIFIED Bahrom, Hasan UNSPECIFIED Wan Yusof, Wan Yusrol UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Keywords: | Institusi Zakat ; Corak Agihan ; Asnaf Fakir Dan Miskin ; Majlis Agama Islam Negeri-Negeri |
Date: | January 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54595 |
Download
54595.pdf
Download (819kB)