Md Said, Mohd Saupi and Soon, Goh Ying and Badarudin, Mohd Ishak (2005) Didaktik Bahasa Perancis sebagai bahasa asing: kajian persepsi dan sikap di kalangan pelajar melayu di UiTM Cawangan Terengganu / Mohd Saupi Md Said, Goh Ying Soon and Mohd Ishak Badarudin. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract
Persepsi adalah gabungan sensasi dalam gambaran mental dan sikap pula nerangkumi emosi, idea serta keyakinan diri merupakan elemen yang banyak nempengaruhi motivasi pelajar sama ada mendorong atau menolak untuk belajar bahasa. Justeru itu kajian ini untuk mengenalpasti persepsi dan sikap pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Perancis, mencari faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar serta mencadangkan kaedah yang sesuai untuk meningkatkan motivasi dan persepsi bagi mengunjurkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Kajian bermetodologikan kaedah kuantitatif-diskriptif dengan menggunakan teknik persampelan stratifikasi rawak (Sekaran) yang merupakan pilihan terbaik bila membezakan informasi yang memerlukan strata yang berbeza dalam populasi. Pilihan sampel terdiri dari kalangan pelajar Melayu yang mempelajari Bahasa Perancis sebagai bahasa asing di UiTM Terengganu. Rumusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan persepsi pengaruhnya terhadap sikap- motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Perancis. Data yang diperolehi dan keputusan dari kajian ini diharap dapat membantu pensyarah dalam memahami dan menangani masalah pelajar terhadap pembelajaran bahasa berkenaan. Implimentasi kajian ini seterusnya diharap memberi kesan kepada universiti untuk melahirkan pelajar multilingual yang baik.
Metadata
Download
![[thumbnail of 54593.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
54593.pdf
Download (126kB)
Fulltext
- Kaunter Perkhidmatan Maklumat | Perpustakaan Cendekiawan | Dungun
ID Number
54593
Indexing

