Kepekatan partikel ternafas (PM10) dalam persekitaran udara di sekolah Semenanjung Malaysia / Shawal Sahid Hamid @ Hussain

Hamid @ Hussain, Shawal Sahid (2021) Kepekatan partikel ternafas (PM10) dalam persekitaran udara di sekolah Semenanjung Malaysia / Shawal Sahid Hamid @ Hussain. In: E-Proceeding 8th International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021, 27 Oktober 2021.

Abstract

Secara umumnya, kualiti udara adalah berkait rapat dengan pencemaran udara yang membawa maksud kehadiran bahan-bahan pencemar seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, ozon, nitrogen dioksida dan PM10 ke dalam udara yang boleh memberikan impak negatif kepada alam sekitar dan manusia (Mohd Talib et al. 2006). Manakala menurut Wark dan Warner (1981) pencemaran udara ditakrifkan sebagai kehadiran satu atau lebih bahan bahan cemar atau gabungan bahan tercemar. Pembelajaran pelajar di bilik darjah turut bergantung kepada kualiti udara dalaman. Udara yang disedut oleh pelajar-pelajar di sekolah mungkin lebih tercemar daripada kualiti udara di luar sekolah (WHO 2018). Menurut laporan WHO lagi kualiti udara dalaman boleh meningkatkan kadar asma, alahan, penyakit pernafasan, dan memberi kesan kepada prestasi pelajaran pelajar-pelajar yang melibatkan tumpuan, pengiraan, dan memori. Simptom-simptom penyakit yang disebabkan oleh pencemaran udara adalah seperti keletihan, sesak nafas, batuk, bersin, alahan mata dan hidung, dan pening kepala (WHO 2018). Kebanyakan sekolah luar bandar di negara-negara membangun menggunakan bahan api seperti najis, kayu dan arang batu untuk memasak makanan di sekolah dan ini mendedahkan pelajar-pelajar kepada bahan-bahan yang tercemar. Menurut WHO (2018) memasak dan pemanasan badan menggunakan bahan api menyebabkan pencemaran udara dalaman di sekolah-sekolah negara membangun tetapi pencemaran ini ditambah dengan bakteria bawaan udara, virus, kulapuk dan ketumbuhan kulat, dan zarah dari bahan binaan. Menurut laporan WHO lagi sekolah negara-negara perindustrian pula, pencemaran udara dalaman boleh menjadi perkara yang paling lazim bagi semua risiko persekitaran fizikal di mana lebih separuh daripada sekolah- sekolah di Amerika Syarikat dilaporkan mempunyai masalah alam sekitar yang memberi kesan masalah kualiti udara di sekolah. Laporan WHO menyatakan terdapat 66 punca pencemaran udara dalaman termasuk kulat toksik, racun perosak, dan bahan kimia organik meruap yang dilepaskan daripada produk pembersihan, mesin fotokopi, dan perabot bilik darjah, gas berbahaya dan bahan cemar luar yang memasuki bangunan sekolah, asbestos, cat dan bahan binaan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamid @ Hussain, Shawal Sahid
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Schools
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Special types of environment. Including soil pollution, air pollution, noise pollution
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Air pollution and its control
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Air pollution and its control > Indoor air pollution. Including indoor air quality
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Event Title: E-Proceeding 8th International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021
Event Dates: 27 Oktober 2021
Page Range: pp. 250-253
Keywords: Kepekatan partikel ternafas, PM10, persekitaran udara, sekolah, Semenanjung Malaysia
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54483
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54483.pdf] Text
54483.pdf

Download (460kB)

ID Number

54483

Indexing

Statistic

Statistic details