Abstract
Kes poligami tanpa kebenaran merupakan antara kes yang sering dilaporkan di mahkamah syariah. Prosedur yang diperkenalkan pihak mahkamah, secara asasnya berperanan memelihara hak dan tanggungjawab setiap pasangan yang berpoligami selaras dengan matlamat syarak. Namun begitu, masih wujud segelintir pihak yang mengambil jalan pintas untuk berpoligami dengan membelakangkan peruntukan undang-undang sedia ada, sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri. Kajian bertujuan mengenalpasti faktor kes poligami tanpa kebenaran yang dilaporkan di Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Johor serta implikasi pelanggaran peruntukan tersebut. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi analisis terhadap dokumen penghakiman serta temubual yang dijalankan dengan pihak-pihak yang terlibat dengan prosedur poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Johor. Prosedur poligami meskipun tidak menjadi salah satu rukun sah perkahwinan menurut Islam, namun ia merupakan asas penting dalam memastikan matlamat perkahwinan tercapai dan terpelihara. Prosedur permohonan dan kelulusan poligami yang ketat dilihat menjadi punca segelintir pihak sengaja mencari jalan mudah untuk berpoligami meskipun tanpa kebenaran daripada pihak mahkamah. Penguatkuasaan yang tegas dan hukuman yang sewajarnya perlu diterapkan bagi mendidik setiap pasangan kepentingan mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan, sekaligus memelihara hak dan tanggungjawab setiap pasangan selepas perkahwinan tersebut.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Shah, Norain UNSPECIFIED Meerangani, Khairul Azhar UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Polygamy K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Domestic relations (Islamic law). Family law |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
ISSN: | 2006-9617 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 1-13 |
Keywords: | Faktor; Poligami tanpa kebenaran; Prosedur; Pentadbiran; Undang-Undang Keluarga Islam |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54452 |