Pembaharuan semula kajian kes: analisa pembaharuan semula bangunan pejabat Wisma Yakin PKNS Kuala Lumpur / Hasrin Superdi

Superdi, Hasrin (1998) Pembaharuan semula kajian kes: analisa pembaharuan semula bangunan pejabat Wisma Yakin PKNS Kuala Lumpur / Hasrin Superdi. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pembaharuan semula bangunan merupakan satu proses yang perlu dihadapi oleh sesebuah bangunan akibat daripada perubahan masa dan teknologi. la bertujuan untuk mengatasi keusangan yang wujud pada sesebuah bangunan itu dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan bangunan bagi memenuhi kehendak penghuni dan mendapatkan pulangan sewa yang setimpal dengan nilai pasaran semasa.Pembaharuan semula ini perlu dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan bangunan dan setiap bangunan itu mempunyai keperluan yang berbeza-beza mengikut tujuan ianya dibina. Proses pembaharuan yang bersesuaian pula perlu dilihat melalui kajian awalan yang meninjau pasaran semasa bangunan dan juga status bangunan tersebut Daripada kajian ini, kita dapat melihat daya maju projek yang akan dijalankan dan juga proses yang patut dilaksanakan.Pada amnya, tidak ada peraturan khusus mengenai proses pembaharuan semula bangunan yang perlu dipatuhi oleh pemilik bangunan sekiranya mereka mengubahsuai bangunan mereka.Bagaimanapun adalah lebih baik sekiranya pihak profesional seperti jurutera, arkitek dan juga jurukur bangunan melibatkan diri mereka dalam bidang ini. Hasil kajian yang lebih terperinci memungkinkan pembaharuan semula bangunan akan menjadi lebih popular berbanding pembangunan semula yang akan merobohkan bangunan asal.Penyediaan dissertasi ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah aspek-aspek yang dimaksudkan dengan pembaharuan semula dan perkara-perkara yang mempengaaihinya. Sebuah bangunan telah dipilih sebagai kajian untuk meiihat bagaimana cadangan proses pembaharuan semula dilaksanakan berdasarkan analisa yang dilakukan hasil daripada tinjauan yang dibuat ke bangunan kajian.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Superdi, Hasrin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Suan Huah, Ong
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying > Conservation and restoration
T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan
Keywords: Pembangunan, bangunan, PKNS
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54336
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54336.PDF] Text
54336.PDF

Download (181kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

54336

Indexing

Statistic

Statistic details