Abstract
Pembaharuan semula bangunan merupakan satu proses yang perlu dihadapi oleh sesebuah bangunan akibat daripada perubahan masa dan teknologi. la bertujuan untuk mengatasi keusangan yang wujud pada sesebuah bangunan itu dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan bangunan bagi memenuhi kehendak penghuni dan mendapatkan pulangan sewa yang setimpal dengan nilai pasaran semasa.Pembaharuan semula ini perlu dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan bangunan dan setiap bangunan itu mempunyai keperluan yang berbeza-beza mengikut tujuan ianya dibina. Proses pembaharuan yang bersesuaian pula perlu dilihat melalui kajian awalan yang meninjau pasaran semasa bangunan dan juga status bangunan tersebut Daripada kajian ini, kita dapat melihat daya maju projek yang akan dijalankan dan juga proses yang patut dilaksanakan.Pada amnya, tidak ada peraturan khusus mengenai proses pembaharuan semula bangunan yang perlu dipatuhi oleh pemilik bangunan sekiranya mereka mengubahsuai bangunan mereka.Bagaimanapun adalah lebih baik sekiranya pihak profesional seperti jurutera, arkitek dan juga jurukur bangunan melibatkan diri mereka dalam bidang ini. Hasil kajian yang lebih terperinci memungkinkan pembaharuan semula bangunan akan menjadi lebih popular berbanding pembangunan semula yang akan merobohkan bangunan asal.Penyediaan dissertasi ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah aspek-aspek yang dimaksudkan dengan pembaharuan semula dan perkara-perkara yang mempengaaihinya. Sebuah bangunan telah dipilih sebagai kajian untuk meiihat bagaimana cadangan proses pembaharuan semula dilaksanakan berdasarkan analisa yang dilakukan hasil daripada tinjauan yang dibuat ke bangunan kajian.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Superdi, Hasrin UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Suan Huah, Ong UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying > Conservation and restoration T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan |
Keywords: | Pembangunan, bangunan, PKNS |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54336 |
Download
54336.PDF
Download (181kB)