Inisiatif bantuan makanan dalam menangani ketidakselamatan makanan akibat pandemik Covid-19 oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat / Noorfazreen Mohd Aris, Norizah Mohamed @ Haji Daud dan Sharipah Amirah Abas

Mohd Aris, Noorfazreen and Mohamed @ Haji Daud, Norizah and Abas, Sharipah Amirah (2021) Inisiatif bantuan makanan dalam menangani ketidakselamatan makanan akibat pandemik Covid-19 oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat / Noorfazreen Mohd Aris, Norizah Mohamed @ Haji Daud dan Sharipah Amirah Abas. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 69. ISBN 978-967-17038-0-9

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia amnya dan Malaysia khususnya sangat memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan negara. Kesan tersebut akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula dari PKP 1.0 sehingga PKP 3.0 bagi membendung penularan virus. Pelaksanaan PKP menyebabkan banyak sektor ekonomi ditutup. Justeru, ramai dikalangan rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan, hilang mata pencarian untuk isi rumah dan hilang tempat tinggal atas faktor kewangan dan ekonomi. Sumber pendapatan yang berkurangan ataupun tiada langsung telah memberi kesan kepada ketidakselamatan makanan rakyat yang terlibat. Ketidakselamatan makanan berlaku apabila manusia tidak dapat memperoleh makanan yang cukup sepanjang masa untuk kehidupan yang aktif dan sihat. Tanpa makanan yang cukup dan seimbang sama ada dari segi kuantiti atau kualiti nutrien, tahap kesihatan individu akan terjejas. Pelbagai pihak perlu berganding bahu menangani masalah ketidakselamatan makanan ini. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat merupakan institusi utama menguruskan pungutan dan agihan zakat, fidyah dan sedekah. Agihan sumber perlu diagihkan secara menyeluruh kepada mereka yang memerlukan terutama ketika pandemik ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau inisiatif bantuan makanan yang dijalankan oleh MAIN dan Institusi Zakat di Malaysia berikutan berlaku Pandemik COVID-19. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan yang diperoleh dari pelbagai sumber yang terdiri buku, jurnal, kertas prosiding, laman web dan akhbar online. Hasil kajian mendapati MAIN dan Institusi Zakat di setiap negeri telah memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan kadar dana dan bentuk bantuan yang berbeza. Bantuan yang diberikan dilihat dapat membantu terutamanya dalam memenuhi keperluan asas golongan yang terjejas.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Aris, Noorfazreen
UNSPECIFIED
Mohamed @ Haji Daud, Norizah
UNSPECIFIED
Abas, Sharipah Amirah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Epidemics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 69
Keywords: COVID-19, Ketidakselamatan makanan, Bantuan makanan, Pendapatan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54303
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54303.pdf

Download (820kB)

ID Number

54303

Indexing

Statistic

Statistic details