Representasi semantik lewat adat-istiadat perkahwinan Minangkabau / Ainol Hasanal Jalaluddin

Jalaluddin, Ainol Hasanal (2012) Representasi semantik lewat adat-istiadat perkahwinan Minangkabau / Ainol Hasanal Jalaluddin. In: 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor, 2 - 4 November 2012, Bukit Gambang Resort City, Pahang.

Abstract

Kajian ini cuba meneliti semantik dan makna dalam adat-istiadat perkahwinan kaum Minangkabau yang kaya dengan adab dan aturan yang ketat. Adab dan adat ini sarat muatan makna yang umum dan khusus buat si pemakai. Adab dan istiadat yang ditata-kemas agar majlis yang diadakan bakal mencapai kesempurnaan dan kejayaan di samping mampu dipelihara, dipermekar dan dihargai. Semantik merupakan satu kajian terhadap makna, rujukan, kebenaran dan tanggapan yang berkaitan bahasa. Ia memfokus kepada perhubungannya dengan ‘signifiers’ iaitu perkataan, frasa, tanda dan lambang dalam bahasa. Manakala semantik dalam lingusitik adalah satu kajian dilakukan bagi memahami ekspresi manusia melalui penggunaan bahasa. Pemilihan perkataan atau konotasi dalam bahasa penulisan terutama struktur perenggan dan tanda baca turut terkandung dalam muatan semantik. Konotasi diertikan sebagai suatu perkaitan pembudayaan subjektif atau emosi yang tersirat di dalam sesetengah perkataan atau frasa. Konotasi sering pula digambarkan sama ada positif atau negatif. Ia bersangkutan dengan perkaitannya yang menggambarkan atau tidak menggambarkan emosi yang dipamerkan. Pemaknaan dan konotasi yang termuat dalam ujaran secara lisan maupun tulisan bermatlamat menyatakan atau menjelaskan tentang niat dan emosi. Niat yang halus sering dipraktiskan pada situasi formal bagi membayangkan rasa hormat pada adat dan adab situasi tersebut, atau bagi menggambarkan kehalusan budi-pekerti si penutur ataupun bertujuan untuk menyembunyikan rasa malu melalui penggunaan bahasa kiasan dan tersirat. Ia juga melambangkan keunikan dan kebijaksanaan dalam komunikasi antara khalayak yang masih mempraktiskan adab dan budaya timur demi melestarikan adab dan budaya yang semakin terhakis dilanda ombak kemodenan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jalaluddin, Ainol Hasanal
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Editor
Jangga, Rohani
UNSPECIFIED
Editor
Jalaluddin, Ainol Hasanal
UNSPECIFIED
Editor
Soo, Carolyn Kum Yoke
UNSPECIFIED
Editor
Sain, Noridah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Culture
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Semantics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor
Event Title: 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor
Event Dates: 2 - 4 November 2012
Page Range: pp. 1-11
Keywords: Minangkabau, Semantik, Adat istiadat, UiTM Cawangan Johor
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54282
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54282.pdf] Text
54282.pdf

Download (567kB)

ID Number

54282

Indexing

Statistic

Statistic details