Abstract
Pandemic covid-19 mengakibatkan kesan pengangguran 24 juta orang di Asia Timur dan Pasifik. Jumlah ini tidak termasuk mereka yang tidak bekerja atau tidak diberikan gaji sepanjang tempoh kawalan pergerakan (MCO) di Malaysia. Justeru ramai masyarakat terkesan dari sudut survival ekonomi sepanjang krisis kesihatan ini. Dalam hal ini, filantropi memainkan peranan yang sangat penting dalam ekonomi umat Islam sebagai salah satu instrumen bagi membantu golongan yang terkesan ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara faktor dalaman (kepatuhan beragama, kepekaan sosial, penghargaan dan kepuasan kebajikan) dan faktor luaran (iklan media, polisi kerajaan, pengaruh persekitaran dan ketampakan/prestij) yang mempengaruhi gelagat filantrofi dengan tahap kedermawanan Muslim. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik yang berstruktur dan diedarkan kepada 424 orang responden sepanjang tempoh kawalan pergerakan (MCO) di negeri Melaka. Dapatan kajian menunjukkan dari lapan faktor dalam dan luaran, kesemua empat faktor dalaman dan tiga faktor luaran gelagat filantrofi mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap kedermawanan Muslim. Hanya satu faktor luaran gelagat filantrofi iaitu ketampakan/prestij tidak menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan dengan tahap kedermawanan Muslim. Ini bermaksud, sepanjang penularan covid-19 responden menderma dengan tidak berniat untuk mempromosi diri dan institusi. Selain itu, amalan filantrofi yang diamalkan tidak bertujuan untuk membina pengaruh kepada masyarakat.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Muaz UNSPECIFIED Md Sharipp, Muhammad Taufik UNSPECIFIED Mustafar, Mohd Zaid UNSPECIFIED Mohd Fadzil, Muhammad Faidz UNSPECIFIED Suyurno, S Salahudin UNSPECIFIED Abd Aziz, Mohd Khairul Nizam UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Epidemics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Volume: | 4 |
Page Range: | p. 64 |
Keywords: | Gelagat Filantrofi; Tahap kedermawanan; Covid-19 |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54263 |