Abstract
Falsafah pasca kolonial telah muncul di tahun 1960an yang berlarutan hingga zaman sekarang. Ia adalah kesedaran kemanusiaan selepas era penjajahan (kolonialisme) yang bertindak antara lainnya; 1) membongkarkan penindasan penjajahan yang dilakukan oleh kuasa penjajah - British dan bangsa Eropah; 2) pendekatan yang melihat dunia daripada kacamata golongan yang tertindas (subatern); 3) memperincikan/ menghuraikan bagaimana falsafah dan metodologi kolonialisasi berlaku dan 4) pemikiran yang mengangkat ketinggian tamadun tempatan mengatasi tamadun Barat. Bagi konteks Alam Melayu, Syed Hussein alAttas dan Edward Said dikatakan antara sarjana pencetus utama yang mempromosikan falsafah pasca kolonialism ini. Pandangan kedua sarjana ini kemudiannya mempengaruhi sebahagian besar pemikir-pemikir moden dalam pelbagai disiplin ilmu, samada sains sosial atau sains tulen. Kajian ini akan meneliti secara kritikal setiap hujah dan butiran falsafah pasca kolonialism moden menggunakan world-view dan sejarah Islam di Alam Melayu. Oleh itu, semua data-data kajian akan bergantung sepenuhnya kepada data kepustakaan, khususnya yang dihasilkan oleh Syed Hussein al-Attas dan Edward Said. Ia kemudiannya akan dianalisa secara kritikal menggunakan world-view dan sejarah Islam Alam Melayu. Di akhir kajian, kita bakal memperincikan kekuatan hujah dan teori falsafah pasca kolonialism moden. Ia turut diperkukuhkan dengan sumbangan sarjana Melayu Islam yang membawa idealism Islam yang turut terkandung beberapa ciri pasca kolonialism moden. Kesimpulan akhirnya, kita bakal menunjukkan keunggulan pandangan sarjana Melayu Islam silam yang secara jelas telah mendahului golongan sarjana moden dalam mempromosikan falsafah pasca kolonialism.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Jalal, Ahmad Farid UNSPECIFIED Abdul Rahim, Rahimin Affandi UNSPECIFIED Awang Pawi, Awang Azman UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Volume: | 4 |
Page Range: | p. 56 |
Keywords: | Falsafah pasca kolonialism; World-View Melayu Islam; Sejarah Islam Alam Melayu |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54255 |