Penghayatan nilai Islam ke arah memperkukuh prinsip rukun negara / Noor Aziera Mohamad Rohana … [et al.]

Mohamad Rohana, Noor Aziera and Hashim, Siti Nurul Izza and Nik Dahalan, Nang Naemah and Abdul Razak, Abdul Qayuum and P.Rameli, Mohd Faizal (2021) Penghayatan nilai Islam ke arah memperkukuh prinsip rukun negara / Noor Aziera Mohamad Rohana … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 51. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-64 pada 31 Ogos 2021. Tarikh kemerdekaan yang disambut pada setiap tahun sejak dari tahun 1957 merupakan salah satu identiti kepada pembentukan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Usaha membentuk identiti masyarakat yang berbilang kaum menjadi keutamaan bagi kerajaan dalam memupuk kesepaduan nasional. Usaha ini adalah rentetan daripada peristiwa hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969, iaitu kira-kira 10 tahun selepas kemerdekaan. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan asas perpaduan antara kaum, iaitu lima Prinsip Rukun Negara untuk membina kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Setelah lebih setengah abad Malaysia menjadi sebuah negara yang merdeka, konflik di antara kaum masih lagi berlaku dalam kalangan warganya. Matlamat kajian ini adalah menganalisis asas memperkukuh peradaban Malaysia menerusi prinsip pertama Rukun Negara menurut perspektif Islam. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan asas pembentukan peradaban Malaysia yang sinonim dengan kepelbagaian berasaskan kaum. Selain itu, kajian ini juga akan menghuraikan cabaran dan isu semasa yang berlaku di antara kaum pada era kontemporari. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi reka bentuk etnografi, fenomenologi dan kajian kes. Maklumat yang diperoleh daripada kajian kepustakaan dikumpul dan dianalisis mengikut keutamaan kajian. Hasil kajian menunjukkan Rukun Negara sebagai asas peradaban Malaysia adalah menepati usaha ke arah kesepaduan nasional. Usaha pengukuhan ini lebih bersepadu dengan wujudnya penghayatan melalui kefahaman terhadap tuntutan agama, Islam khususnya yang mengiktiraf hak asasi manusia tanpa sebarang diskriminasi berkepentingan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Rohana, Noor Aziera
UNSPECIFIED
Hashim, Siti Nurul Izza
UNSPECIFIED
Nik Dahalan, Nang Naemah
UNSPECIFIED
Abdul Razak, Abdul Qayuum
UNSPECIFIED
P.Rameli, Mohd Faizal
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and state
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Nationalism. Nation state
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 51
Keywords: Peradaban Malaysia; Perpaduan Kaum; Rukun Negara; Penghayatan Islam
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54250
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54250.pdf

Download (820kB)

ID Number

54250

Indexing

Statistic

Statistic details