Tahap pencapaian pelajar dalam program Plus Tahfiz UiTM / Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong, Mohammad Fahmi Abdul Hamid dan Khairul Azhar Meerangani

Mohd Ashmir Wong, Muhammad Syukri and Abdul Hamid, Mohammad Fahmi and Meerangani, Khairul Azhar (2021) Tahap pencapaian pelajar dalam program Plus Tahfiz UiTM / Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong, Mohammad Fahmi Abdul Hamid dan Khairul Azhar Meerangani. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 48. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Program Plus Tahfiz UiTM adalah program dibawah kursus Kokurikulum yang ditawarkan bagi pelajar lepasan pengajian tahfiz di seluruh negara yang melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai bidang profesional di UiTM. Program tersebut bertujuan membuka ruang kepada pelajar aliran tahfiz yang melanjutkan pengajian di UiTM untuk terus konsisten dalam mempertahankan hafazan walaupun berada dalam pelbagai bidang pengajian di UiTM sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Program ini ditubuhkan pada September 2018 dan lepasan kohort pertama Plus Tahfiz UiTM telah berjaya menamatkan program ini. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan tahap pencapaian pelajar kumpulan pertama yang mengikuti program Plus Tahfiz UiTM sebagai petunjuk awal kejayaan perlaksanaan program ini. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif iaitu melalui analisis dokumen berkaitan program Plus Tahfiz UiTM, rekod hafazan pelajar dan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) pelajar. Dapatan menunjukkan suatu pencapaian positif untuk kumpulan pertama perlaksanaan program Plus Tahfiz UiTM dengan penyertaan seramai 226 orang pelajar, yang mana 181 orang pelajar dari pengajian peringkat Diploma, dan 45 orang dari pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kedua-dua sesi pengajian ini juga menunjukkan suatu tahap pencapaian yang baik apabila seramai 72% pelajar Berjaya memperoleh keputusan purata CGPA 3.00 hingga 4.00.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ashmir Wong, Muhammad Syukri
UNSPECIFIED
Abdul Hamid, Mohammad Fahmi
UNSPECIFIED
Meerangani, Khairul Azhar
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan
L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 48
Keywords: Program; Plus Tahfiz UiTM; Kokurikulum; Huffaz profesional
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54247
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54247.pdf

Download (819kB)

ID Number

54247

Indexing

Statistic

Statistic details