Digitalisasi sistem pengurusan zakat di Malaysia: potensi dan cabaran / Muhammad Taufik Md Sharipp … [et al.]

Md Sharipp, Taufik and Meerangani, Khairul Azhar and Rosele, Muhammad Ikhlas and Abdul Hamid, Mohammad Fahmi and Abdul Razak, Abdul Qayuum (2021) Digitalisasi sistem pengurusan zakat di Malaysia: potensi dan cabaran / Muhammad Taufik Md Sharipp … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 46. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Negara. Revolusi Industri 4.0 telah menyumbang kepada perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Pembangunan pelbagai aplikasi dalam talian dan platfom media sosial telah memberi kesan yang positif terhadap kehidupan manusia. Perkembangan ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada perubahan pola perkhidmatan institusi social seperti zakat terutamanya melibatkan segmen digital. Meskipun sering dilaporkan peningkatan kutipan dan agihan zakat, namun isu-isu tertentu sering melatari persepsi masyarakat terhadap sistem pengurusan zakat. Faktor kurang pendedahan maklumat dan perkhidmatan yang kurang efektif telah mendorong gejala mengagihkan sendiri bantuan zakat kepada asnaf tanpa melalui institusi zakat. Justeru, institusi zakat di setiap negeri perlu mengambil langkah proaktif dalam menguruskan sistem penyampaian dan perkhidmatan zakat seiring dengan perkembangan semasa. Kajian ini bertujuan mengenalpasti potensi dan cabaran implementasi segmen digital dalam sistem pengurusan zakat di Malaysia. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi sorotan terhadap sumber primer dan sekunder berkaitan digitalisasi zakat serta penelitian terhadap laman web institusi zakat di Malaysia bagi meninjau pendekatan digitalisasi yang dilaksanakan oleh setiap negeri. Dapatan merumuskan potensi pengadaptasian segmen digitalisasi yang besar dan masih kurang diterokai di setiap negeri. Tuntasnya, pengadaptasian segmen digitalisasi dalam pengurusan zakat berpotensi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kualiti perkhidmatan institusi zakat di Malaysia. Maka, inisiatif yang sewajarnya perlu digerakkan bagi mewujudkan dan membangunkan segmen digitalisasi ini selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan Dasar Digital

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Sharipp, Taufik
UNSPECIFIED
Meerangani, Khairul Azhar
UNSPECIFIED
Rosele, Muhammad Ikhlas
UNSPECIFIED
Abdul Hamid, Mohammad Fahmi
UNSPECIFIED
Abdul Razak, Abdul Qayuum
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) > Malaysia
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organizational effectiveness. Performance measurement
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 46
Keywords: Digitalisasi; Potensi; Pengurusan; Zakat; Revolusi Industri 4.0
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54245
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54245.pdf

Download (820kB)

ID Number

54245

Indexing

Statistic

Statistic details