Penerapan nilai kerohanian dalam perancangan kerjaya pelajar TVET / Ahmad Rosli Mohd Nor, Mohammad Fahmi Abdul Hamid dan Khairul Aizal Osman

Mohd Nor, Ahmad Rosli and Abdul Hamid, Mohammad Fahmi and Osman, Khairul Aizal (2021) Penerapan nilai kerohanian dalam perancangan kerjaya pelajar TVET / Ahmad Rosli Mohd Nor, Mohammad Fahmi Abdul Hamid dan Khairul Aizal Osman. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 41. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Kerjaya merupakan satu agenda penting dalam Islam dalam merealisasikan konsep dunia sebagai jambatan ke akhirat. Kerjaya yang baik perlu dirancang bagi memastikan ianya kongruen, halal dan menepati kehendak Islam walaupun dalam bidang teknikal yang penuh dengan amali dan kerja tangan. Penerapan nilai kerohanian merupakan perkara yang perlu ada dalam perancangan kerjaya bagi memastikan pelan perancangan menepati kehendak syariat Islam. Justeru kajian ini telah dilakukan untuk meneroka penerapan nilai kerohanian dalam perancangan kerjaya pelajar TVET (Technical and Vocational Education Training). Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan Focus Group Discussion (FGD) sebagai kaedah kutipan data. Peserta kajian terdiri daripada 12 orang lulusan kolej komuniti dan politeknik telah berjaya dalam kerjaya yang digabungkan bersama tiga (3) orang pensyarah teknikal yang berpengalaman bagi menguatkan hasil dapatan. Hasil analisis tema terhadap perbincangan FGD telah berjaya menemui enam (6) Tema Utama dan 10 Sub Tema. Tema utama ialah (1) Niat, (2) Azam, (3) Sabar, (4) Istiqamah, (5) Doa dan Tawakal, dan (6) Jaga Hubungan. Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan untuk pelajar TVET dalam merangka kerjaya mereka berpandukan syariat Allah swt.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Nor, Ahmad Rosli
UNSPECIFIED
Abdul Hamid, Mohammad Fahmi
UNSPECIFIED
Osman, Khairul Aizal
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > Islamic ethics
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 41
Keywords: Perancangan kerjaya; Teknikal; Nilai Kerohanian
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54240
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54240.pdf

Download (818kB)

ID Number

54240

Indexing

Statistic

Statistic details