Abstract
Balai cerap merupakan salah satu elemen penting dalam bidang astronomi. Balai cerap dilihat telah memainkan peranan yang cukup penting dalam meningkatkan pengetahuan, dan kesedaran mengenai kepentingan mempelajari ilmu astronomi/sains angkasa melalui aktiviti penyelidikan dan pendidikan. Di samping itu, balai cerap juga dilihat berpotensi untuk menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong atas faktor lokasi dan daya tarikan yang ada di balai cerap. Justeru, balai cerap berpotensi untuk dibangunkan sebagai salah satu pusat aktiviti pelancongan astronomi di Malaysia. Kajian ini melihat potensi Kompleks Falak Al- Khawarizmi, Melaka sebagai salah sebuah pusat pelancongan astronomi di Malaysia melalui peranan dan aktiviti yang dijalankan. Kajian ini menggunakan metodologi analisa dokumen untuk meneliti sejauhmana peranan yang telah dijalankan oleh balai cerap tersebut bagi tujuan pelancongan astronomi. Dalam kajian ini Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka telah dipilih sebagai lokasi kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa balai cerap ini menepati elemen pelancongan astronomi yang dikaji berdasarkan peranan yang telah dijalankan iaitu aktiviti-aktiviti berasaskan astronomi.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Mohd Razlan UNSPECIFIED Shariff, Nur Nafhatun UNSPECIFIED Razali, Nor Nazmi UNSPECIFIED Ibrahim, Mohd Takiyuddin UNSPECIFIED Norman, Mohd Paidi UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel and state. Tourism > Malaysia > Melaka |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Volume: | 4 |
Page Range: | p. 39 |
Keywords: | Pelancongan astronomi; Astrotourism; Balai cerap; Observatori; Falak |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54239 |