Semakan arah kiblat masjid-masjid warisan: kajian di Negeri Melaka / Mohd Razlan Ahmad, Radzuan Nordin dan Nor Nazmi Razali

Ahmad, Mohd Razlan and Nordin, Radzuan and Razali, Nor Nazmi (2021) Semakan arah kiblat masjid-masjid warisan: kajian di Negeri Melaka / Mohd Razlan Ahmad, Radzuan Nordin dan Nor Nazmi Razali. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 38. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Penentuan arah kiblat yang bagi negara-negara yang jauh daripada Masjidil Haram di Mekah seperti Malaysia memerlukan ilmu dan kemahiran yang khusus terutama dalam bidang ilmu falak. Ini kerana arah kiblat merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam kesempurnaan ibadah bagi umat Islam khususnya ibadah solat. Kedatangan Islam di Tanah Melayu khususnya di Melaka pada suatu ketika dahulu telah mempengaruhi pembinaan masjid-masjid sebagai wadah kesatuan umat Islam sebagai pusat penyebaran ilmu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji arah kiblat masjid-masjid yang berusia melebihi 50 tahun dan masih digunakan sehingga hari ini yang dikenali sebagai masjid warisan. Di samping itu, kajian ini ingin memastikan isu mengenai status arah kiblat masjid warisan dapat diselesaikan dengan kaedah semakan dan pengukuran semula yang terkini. Ini kerana kajian yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Mufti Melaka dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mendapati bahawa arah kiblat masjid-masjid warisan ini tidak menepati arah kiblat sebenar yang telah ditetapkan di Malaysia bagi negeri Melaka iaitu pada azimut 292°. Metodologi kajian berasaskan analisa dokumen dan kajian lapangan telah dijalankan di 55 buah masjid warisan yang berusia antara 50 tahun hingga 293 tahun di seluruh Melaka. Hasil daripada kajian ini telah mendapati terdapat perselisihan azimut kiblat lama pada masjid warisan tersebut dengan nilai azimut kiblat semasa di antara 00° 00’ 11” hingga 17° 28’ 1”. Kajian ini diharap dapat memelihara masjid warisan sebagai sebuah pusat penyebaran ilmu dan tempat yang menepati kehendak maqasid syariah dari dahulu sehingga kini.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Mohd Razlan
UNSPECIFIED
Nordin, Radzuan
UNSPECIFIED
Razali, Nor Nazmi
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries > Malaysia
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > World Heritage areas
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 38
Keywords: Masjid warisan; Arah kiblat; Ilmu falak; Astronomi Islam; Astrofiqh
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54237
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54237.pdf

Download (883kB)

ID Number

54237

Indexing

Statistic

Statistic details