Abstract
Pajak gadai merupakan salah satu instrumen kewangan yang menyediakan pinjaman kecil kepada masyarakat. Pajak gadai begitu terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu sejak 100 tahun dahulu lagi. Kini, terdapat dua jenis pajak gadai yang beroperasi di Malaysia iaitu pajak gadai konvensional dan pajak gadai Islam. Pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu beroperasi menggunakan prinsip-prinsip Islam. Sehingga kini, masih berlaku salah faham masyarakat terhadap Ar-Rahnu. Mereka beranggapan bahawa perkhidmatan Ar-Rahnu menjalankan operasi yang sama seperti pajak gadai konvensional. Selain itu, sukar untuk mengubah pemikiran sesetengah masyarakat untuk beralih kepada sistem gadaian yang mematuhi prinsip-prinsip syariah ekoran sudah merasa selesa menggunakan pajak gadai konvensional sejak sekian lama. Hal ini kerana pajak gadai konvensional terutamanya pajak gadai Cina telah beroperasi kira-kira 100 tahun dahulu, berbanding Ar-Rahnu pula baru sahaja beroperasi hampir 25 tahun di Malaysia. Persoalannya, bagaimanakah keadaan promosi yang dijalankan oleh institusi Ar-Rahnu sehingga perkhidmatan Ar-Rahnu ini agak sukar menandingi kemasyuran pajak gadai konvensional? Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menganalisis faktor promosi yang mempengaruhi penerimaan usahawan kecil Muslim di Kelantan terhadap Ar-Rahnu. Artikel ini dilaksanakan menerusi kaedah kuantitatif dengan mengedarkan sebanyak 350 soal selidik kepada usahawan kecil Muslim di Kelantan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil penemuan kajian mendapati promosi yang dilaksanakan oleh Ar-Rahnu tidak berjalan dengan baik berdasarkan kepada jumlah purata min sederhana yang ditunjukkan (M=3.47). Secara implikasinya, faktor promosi merupakan faktor ekstrinsik (luaran), bagi kajian pada masa hadapan boleh dipertimbangkan untuk melihat hubungan penerimaan dengan faktor-faktor intrinsik (dalaman).
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yahaya, Salimah UNSPECIFIED Rahim, Hainnur Aqma UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Banking > Special classes of banks and financial institutions H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Volume: | 4 |
Page Range: | p. 34 |
Keywords: | Pajak gadai; Ar-Rahnu; Promosi; Usahawan Kecil; Kelantan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54233 |