Abstract
Perkahwin lari sentiasa menjadi isu hangat saban tahun. Ianya tidak mengira status sosial, boleh berlaku dalam kalangan orang kenamaan, artis dan orang biasa. Salah satu faktor berlakunya perkahwinan lari adalah disebabkan keengganan wali memberikan keizinan untuk berkahwin. Dalam kebanyakan kes yang berlaku, pasangan mengambil jalan pintas dengan berkahwin lari di Selatan Thailand bagi menghalalkan hubungan mereka. Perbuatan melarikan diri ke Selatan Thailand umpama menafikan keautoritian wali mujbir dalam sebuah perkahwinan. Objektif artikel ini adalah membincangkan konsep perwalian dalam institusi perkahwinan menurut perspektif syarak seterusnya menilai permasalahan berkaitan perwalian bagi polemik pasangan yang berkahwin lari di Selatan Thailand. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan yang tertumpu kepada penelitian sumber primer merangkumi kitab klasik, tafsiran al-Quran dan Sunnah serta kajian-kajian kes di mahkamah. Kemudian dianalisis menggunakan metode deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati penggunaan wali hakim di Selatan Thailand tidak menepati konsep perpindahan perwalian disisi syarak khususnya bagi anak dara yang masih mempunyai wali yang sah di Malaysia. Sekali pun Islam memperakui kedudukan wali hakim dalam sebuah perkahwinan namun kedudukan wali hakim sebagai pengganti wali nasab yang sah adalah terhad selagi mana wali nasab masih lagi hidup dan mampu menguruskan perkahwinan anak perempuannya. Ini kerana bapa mempunyai autoriti paling utama sebagai wali terhadap anak perempuan yang masih dibawah tanggungjawabnya. Kajian ini berhasrat dalam membantu memberi cadangan penambahbaikan dalam penyelesaian kes kahwin lari di Malaysia yang melibatkan isu perwalian.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hazman, Atiqah UNSPECIFIED Pauzi, Norhidayah UNSPECIFIED Ahmad, Bahiyah UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Domestic relations (Islamic law). Family law > Marriage (Islamic law). Nikāḥ. Zawāj. نكاح. زواج |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Volume: | 4 |
Page Range: | p. 30 |
Keywords: | Perwalian; Wali hakim; Institusi perkahwinan; Kahwin lari |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54228 |