Mekanisme agihan zakat MAIK kepada golongan asnaf dan miskin di negeri Kelantan / Muhamad Anas Ibrahim … [et al.]

Ibrahim, Muhamad Anas and Aziz, Aemy and Muhd Adnan, Nurul Ilyana and Ismail, Muhammad Saiful Islam and Ismail, Syaimak (2021) Mekanisme agihan zakat MAIK kepada golongan asnaf dan miskin di negeri Kelantan / Muhamad Anas Ibrahim … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 28. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Zakat merupakan salah satu rukun dalam rukun Islam yang diwajibkan ke atas semua umat Islam untuk menunaikannya. Kutipan dan agihan zakat merupakan perkara yang penting dalam sistem pengurusan zakat di setiap pusat zakat negeri. Pusat pengurusan zakat negeri Kelantan terletak di bawah kelolaan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang mendapat kuasa sepenuhnya daripada Sultan Kelantan dan merupakan satusatunya organisasi yang menguruskan zakat di negeri ini. Agihan harta amat di galakan dalam Islam. Hal ini kerana melalui agihan yang di jalankan mampu meningkatkan taraf kehidupan dan perbelanjaan golongan yang memerlukan. Oleh itu agama Islam telah menyediakan pelbagai mekanisma agihan bagi membantu golongan yang memerlukan. Antara bentuk mekanisma agihan yang terdapat di dalam islam adalah melalui agihan zakat. Oleh itu kajian ini di jalankan untuk menganalisis program pengagihan zakat dalam kalangan asnaf di negeri Kelantan dan golongan asnaf yang bersasar. Kajian juga akan membincangkan bentuk agihan dan bantuan yang di sediakan kepada golongan asnaf dan jumlah peruntukan yang diberikan kepada golongan yang layak mendapatkannya. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah temubual dan analisis data. Hasil perbincangan dan temubual yang dilakukan dan hasil kutipan data yang diperolehi akan di analisis bagi memenuhi objektif di dalam kajian.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Muhamad Anas
UNSPECIFIED
Aziz, Aemy
UNSPECIFIED
Muhd Adnan, Nurul Ilyana
UNSPECIFIED
Ismail, Muhammad Saiful Islam
UNSPECIFIED
Ismail, Syaimak
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) > Malaysia
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Poor. Poverty
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 28
Keywords: Mekanisma agihan; Zakat; Asnaf miskin; Kelantan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54226
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54226.pdf

Download (819kB)

ID Number

54226

Indexing

Statistic

Statistic details