Abstract
Emas merupakan perhiasan yang sangat menarik perhatian setiap wanita. Emas melambangkan nilai kekayaan dan perhiasan yang bersifat mewah kepada setiap manusia. Emas juga menjadi keinginan dan dambakan oleh setiap wanita kerana emas itu mampu menjadikan seseorang itu menjadi menarik dan menawan. Sifat emas yang mempunyai nilai yang tinggi dan reka bentuk yang menarik membuatkan setiap wanita inginkannya untuk di jadikan perhiasan mereka dan di pakai oleh mereka kemana-mana. Namun begitu, sifat emas sebagai barangan bernilai ini telah meletaknya sebagai salah satu harta yang di kenakan zakat di dalam islam. Zakat emas di kenakan kepada setiap pemiliknya di bawah kategori zakat harta. Hal ini kerana sifat emas yang bernilai dan bersifat barangan mewah itu menjadikannya sebagai salah satu kategori harta yang di kenakan zakat keatasnya. Zakat emas itu terlaksana sama ada emas yang di miliki tersebut di simpan atau emas itu di pakai sebaagi perhiasan wanita apabila mencukui syarat yang telah di tetapkan. Zakat ini merupakan salah satu tuntutan kepada umat islam yang berharta kerana zakat merupakan tuntutan dalam rukum islam yang ketiga iaitu kita wajib mengeluarkan sebahagian harta yang bukan milik kita kepada golongan yang layak mendapatkanya. Oleh itu kajian ini akan membincangkan tentang kesedaran di kalangan wanita tentang tuntutan membayar zakat emas perhiasan yang telah di gunakan oleh mereka.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Muhamad Anas UNSPECIFIED Aziz, Aemy UNSPECIFIED Muhd Adnan, Nurul Ilyana UNSPECIFIED Ismail, Muhammad Saiful Islam UNSPECIFIED Ismail, Syaimak UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Women. Feminism |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Volume: | 4 |
Page Range: | p. 26 |
Keywords: | Emas, Zakat emas, Zakat harta, Simpanan, Perhiasan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54224 |