Penerimaan masyarakat Muslim terhadap kepimpinan non Muslim di Malaysia / Khairul Azhar Meerangani … [et al.]

Meerangani, Khairul Azhar and Mohd Dzahid, Mohd Zahimie and Ahmad Zahidi, Muhammad Dzarif and Norbit, Ahmad Nurilakmal and Md Ariffin, Mohd Farhan (2021) Penerimaan masyarakat Muslim terhadap kepimpinan non Muslim di Malaysia / Khairul Azhar Meerangani … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 13. ISBN 978-967-17038-0-9

Abstract

Islam telah menyediakan asas panduan berkaitan penglibatan non muslim dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran. Di Malaysia, hak ini telah diraikan sejak kemerdekaan lagi yang menyaksikan penglibatan warga non Muslim dalam pentadbiran eksekutif seperti menteri dan pentadbir utama di peringkat persekutuan dan negeri. Hubungan antara warga Muslim dan non Muslim merupakan antara tema utama yang sering dibahaskan dalam al- Quran. Namun, interpretasi terhadap beberapa ayat di luar konteks telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat. Pengundian dan pelantikan calon non Muslim di beberapa posisi penting kerajaan seperti Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Menteri Persekutuan pernah mencetuskan kontroversi hangat di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti penerimaan dan kefahaman masyarakat Muslim terhadap konsep kepimpinan non Muslim di Malaysia serta menganalisis isu tersebut menurut perspektif hukum Islam semasa. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan. Set soal selidik diedarkan secara online (google form) kepada 307 responden di Melaka, dan seterusnya dianalisis menerusi perisian SPSS. Dapatan kajian merumuskan majoriti responden mengutamakan aspek personaliti sebagai faktor utama pemilihan calon pilihanraya, iaitu sebanyak 113 orang (36.8%), diikuti rekod pencapaian parti/calon sebanyak 69 orang (22.5%), status agama sebanyak 59 orang (19.2%), pencapaian akademik 53 orang (17.3%) dan lain-lain 13 orang (4.2%). Persepsi masyarakat Muslim terhadap kepimpinan non Muslim mencatatkan min yang sederhana, iaitu ‘lantikan berdasarkan prestasi, bukan status agama’ (m=3.66), ‘keutamaan calon Muslim berbanding calon non Muslim’ (m=2.88), dan ‘hak kesamarataan warganegara menurut Perlembagaan Persekutuan’ (m=2.53). Meskipun Perlembagaan Persekutuan telah menyediakan panduan asas berkaitan pentadbiran negara, namun beberapa kriteria penting yang digariskan Islam perlu diberikan penekanan bagi memelihara sensitiviti dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia, terutamanya masyarakat Muslim sebagai majoriti di negara ini.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Meerangani, Khairul Azhar
UNSPECIFIED
Mohd Dzahid, Mohd Zahimie
UNSPECIFIED
Ahmad Zahidi, Muhammad Dzarif
UNSPECIFIED
Norbit, Ahmad Nurilakmal
UNSPECIFIED
Md Ariffin, Mohd Farhan
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Leadership. Transformational leadership
J Political Science > JF Political institutions and public administration > General. Comparative government
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 13
Keywords: Kepimpinan; Politik; Pentadbiran; Non Muslim; Perlembagaan Persekutuan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54209
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54209.pdf] Text
54209.pdf

Download (885kB)

ID Number

54209

Indexing

Statistic

Statistic details