Abstract
Proses pendaftaran kursus adalah sangat penting dan wajib dilaksanakan setiap awal semester oleh pelajar. Pendaftaran kursus akan membenarkan pelajar meneruskan pengajian dan menyusun jadual kuliah dan penghidupan mereka di kampus supaya lebih teratur. Sekiranya gagal berbuat demikian sehingga tempoh yang ditetapkan oleh pihak Universiti maka mereka akan menjadi pelajar berstatus gugur taraf iaitu terkeluar dari senarai penuntut Universiti eknologi MARA. Parameter setiap kursus yang di daftar oleh pelajar adalah kumpulan (nama kelas), pensyarah, waktu kuliah serta tutorial dan tempat atau bilik kuliah. Oleh itu para pelajar perlu mengenalpasti jadual setiap kurusus yang diambil melalui sistem yang disediakan oleh universiti iaitu ICRESS (Integrated Course Registration and Scheduling system). Masalah utama yang berlaku adalah pelajar tidak dapat melihat pertindihan kelas secara langsung antara kumpulan bagi setiap kod yang berbeza tersebut, pertindihan jadual kuliah antara kursus yang bebeza hanya dapat diketahui dalam proses menyediakan jadual waktu individu secara manual. Proses ini mengambil masa yang agak panjang dan berulang. Oleh itu untuk membantu pelajar dalam menyelesaikan dan memudahkan kerja menyusun jadual mereka di awal semester semasa tempoh pendaftaran kursus, satu sistem telah dibangunkan yang dijangkakan dapat membantu pelajar terutamanya selain memudahkan tugas-tugas coordinator kursus serta penasihat akademik. Oleh yang demikian, satu aplikasi telah dicadangkan dan dibina bagi membantu dalam masalah ini. Sistem yang dikenali sebagai STASYS dibangunkan mengikut spesifikasi pengguna iaitu pelajar khususnya dan metodologi pembangunan adalah berasaskan kaedah pembangunan sistem berkonsepkan tangkas (agile).
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainuddin, Noor Azrin UNSPECIFIED Jamingan @ Amin, Nafisah UNSPECIFIED Mohamed Azman, Mohamad Azlan Shah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Jangga, Rohani UNSPECIFIED Editor Jalaluddin, Ainol Hasanal UNSPECIFIED Editor Soo, Carolyn Kum Yoke UNSPECIFIED Editor Sain, Noridah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Computer software Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Database management Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Interactive computer systems |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor |
Event Title: | 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor |
Event Dates: | 2 - 4 November 2012 |
Keywords: | Student Timetable Assistant System, ICRESS, STASYS, UiTM Cawangan Johor |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54205 |