Abstract
Pusat sumber sekolah adalah institusi yang paling utama di dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan juga menunjukkan pelajar bersetuju bahawa kejayaan mereka di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) adalah disebabkan peranan yang telah dimainkan oleh pusat sumber sekolah. Kajian ini juga akan membantu pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam menilai kembali keperluan yang harus diperhalusi terutamanya dari aspek koleksi, kemudahan yang disediakan dan juga kakitangan di dalam memastikan pusat sumber sekolah akan sentiasa menjadi lokasi kunjungan utama bagi pelajarnya. Hasil kajian juga mendapati adanya keperluan untuk menempatkan pustakawan profesional yang berkelayakan di dalam bidang sains perpustakaan untuk menggendalikan sepenuhnya pusat sumber sekolah. Langkah ini perlu bagi memastikan pusat sumber sekolah ditadbir oleh mereka yang berkelayakan dan seterusnya membolehkan para guru lebih fokus dengan pengajaran di dalam kelas.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd. Rahman, Nor Diana UNSPECIFIED Omar, Nor Ezan UNSPECIFIED Shafie, Zailani UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Jangga, Rohani UNSPECIFIED Editor Jalaluddin, Ainol Hasanal UNSPECIFIED Editor Soo, Carolyn Kum Yoke UNSPECIFIED Editor Sain, Noridah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Information services. Information centers > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor |
Event Title: | 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor |
Event Dates: | 2 - 4 November 2012 |
Keywords: | Pusat Sumber Sekolah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah, Perpustakaan, UiTM Cawangan Johor |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54196 |