Abstract
Dewasa ini, kepesatan pembangunan telah mengakibatkan orang ramai berpindah ke bandar dan mempunyai rumah sendiri. Oleh itu banyak rumah-rumah dibina untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk mereka. Namun bukan rumah baru sahaja yang disyorkan untuk diindahkan tetapi rumah-rumah yang telah diduduki selama bertahun-tahun juga perlu dicantikkan. Kegawatan di tempat kerja, kepenatan, kekusutan dan masalah di tempat kerja atau harian dapat dihilangkan dengan menikmati udara segar serta pemandangan cantik di rumah sendiri. Justeru itulah kami mencadangkan agar satu perniagaan yang berkonsepkan bunga dan tumbuhan iaitu Gardening Consultancy ditubuhkan untuk menekankan peri pentingnya kedamaian dan keindahan sesuai dengan konsep 'Rumahku Syurgaku" Gardening Consultancy adalah sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan prundingan penghijauan, taman bunga di halaman rumah berserta binaan batu sebagai perhiasan yang tertumpu terutamanya di taman taman perumahan. Perniagaan ini mempunyai prospek yang luas dan potensi untuk berkembang. Ini juga selaras dengan kehendak: kerajaan yang mahukan kehijauan dikekalkan terutamanya terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kami juga yakin bahawa perniagaan yang kami cadangkan ini berdaya maju dan ianya merupakan salah satu cara untuk mendisiplinkan diri untuk memelihara alam sekitar. Walaupun perniagaan ini mempunyai persaingan namun itu adalah lumrah dan adat berniaga yang harus ditempuhi kelak. Sebagai seorang usahawan kami bersifat innovatif dan sanggup mengalami risiko jika kami mengalami kerugian sekalipon kerana tumbuhan perIu dalam keselesaan hidup kita. Dengan itu kami sebagai bumiputra berwawasan mengambil inisiatif untuk cuba mengekalkan kualiti perkhidmatan di samping keunikan yang tersendiri. Moga moga perniagaan ini akan berjalan lancer dan diredhai olehNya.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Zanariah 95514756 Yahya, Yusaini 95215982 Mustafa, Nazarul 95484744 Mohd Shah, Rafidah 95485971 Mohd Muniran, Mundayu 95279515 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Mydin, Abdul Hameed UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning S Agriculture > SB Plant culture > Gardens and gardening |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Keywords: | Rancangan perniagaan; Asas keusahawanan; ETR300; Gardening Consultancy |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54154 |
Download
54154.pdf
Download (203kB)