Pemerolehan kemahiran lisan berdasarkan aktiviti simulasi berpasangan / Azman Che Mat ... [et al.]

Che Mat, Azman and Nokman, Ahmad Zulfadhli and Musilehat, Nor Shaifura and Abu Bakar, Ahmad Fakrulazizi (2020) Pemerolehan kemahiran lisan berdasarkan aktiviti simulasi berpasangan / Azman Che Mat ... [et al.]. [Research Reports] (Submitted)
Abstract

Seorang pelajar bahasa mempunyai strategi pembelajaran kendiri yang boleh membantunya memperolehi kemahiran berbahasa yang cekap. Namun kemahiran lisan merupakan kemahiran yang sukar dicapai dengan cemerlang oleh pelajar bahasa Arab. Aktiviti bahasa seperti simulasi dipercayai dapat membantu pelajar memilih dan menggunakan strategi pembelajaran kemahiran lisan dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk mengeksplorasi strategi pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti simulasi berpasangan. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti strategi yang paling dominan dan meneliti kesannya terhadap pencapaian kemahiran lisan pelajar. Pendekatan kualitatif telah digunakan sepenuhnya untuk mengumpul data dan membuat analisis data. Seramai empat orang tenaga pengajar dan 14 orang pelajar terlibat sebagai kumpulan terkawal. Data kajian diperolehi melalui catatan diari pensyarah berdasarkan beberapa soalan separa berstruktur semasa memulakan aktiviti simulasi sehingga aktitviti ini disempurnakan. Manakala data daripada pemerhatian pula melibatkan kumpulan terkawal yang diberi perhatian khusus terhadap hasil daripada persembahan mereka dalam aktiviti simulasi dengan menggunakan pendekatan analisis kesalahan. Kajian ini mendapati strategi yang paling dominan ialah strategi mengingat, strategi menulis dan strategi membaca. Manakala analisis kesalahan yang dilakukan ke atas peserta kajian menerusi pemerhatian mendapati kesalahan kosa kata, binaan ayat dan konteks juga masih dijumpai dalam kalangan peserta yang melakukan aktiviti simulasi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 53825.pdf]
Text
53825.pdf
Download (69kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Kaunter Perkhidmatan Maklumat | Kampus Dungun, Terengganu
Item Status
Indexing & Metrics