Abstract
Seorang pelajar bahasa mempunyai strategi pembelajaran kendiri yang boleh membantunya memperolehi kemahiran berbahasa yang cekap. Namun kemahiran lisan merupakan kemahiran yang sukar dicapai dengan cemerlang oleh pelajar bahasa Arab. Aktiviti bahasa seperti simulasi dipercayai dapat membantu pelajar memilih dan menggunakan strategi pembelajaran kemahiran lisan dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk mengeksplorasi strategi pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti simulasi berpasangan. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti strategi yang paling dominan dan meneliti kesannya terhadap pencapaian kemahiran lisan pelajar. Pendekatan kualitatif telah digunakan sepenuhnya untuk mengumpul data dan membuat analisis data. Seramai empat orang tenaga pengajar dan 14 orang pelajar terlibat sebagai kumpulan terkawal. Data kajian diperolehi melalui catatan diari pensyarah berdasarkan beberapa soalan separa berstruktur semasa memulakan aktiviti simulasi sehingga aktitviti ini disempurnakan. Manakala data daripada pemerhatian pula melibatkan kumpulan terkawal yang diberi perhatian khusus terhadap hasil daripada persembahan mereka dalam aktiviti simulasi dengan menggunakan pendekatan analisis kesalahan. Kajian ini mendapati strategi yang paling dominan ialah strategi mengingat, strategi menulis dan strategi membaca. Manakala analisis kesalahan yang dilakukan ke atas peserta kajian menerusi pemerhatian mendapati kesalahan kosa kata, binaan ayat dan konteks juga masih dijumpai dalam kalangan peserta yang melakukan aktiviti simulasi.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Mat, Azman UNSPECIFIED Nokman, Ahmad Zulfadhli UNSPECIFIED Musilehat, Nor Shaifura UNSPECIFIED Abu Bakar, Ahmad Fakrulazizi UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Communicative competence |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Academy of Language Studies |
Keywords: | Kemahiran Lisan ; Simulasi Berpasangan ; Strategi Pembelajaran Kendiri ; Bahasa Arab |
Date: | August 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/53825 |
Download
53825.pdf
Download (69kB)